Harian Metro

Anjur kempen The GREAT UK Food Journey selama sebulan

-

GCH Retail Malaysia (GCH Retail) melancarka­n kempen produk makanan dan minuman dari United Kingdom (UK), The GREAT

UK Food Journey selama sebulan bermula 1 hingga 31 April depan.

Sebanyak lebih 100 produk pelbagai jenama seperti Heinz, Colman’s, Paddington Bear, The King’s Deli, London Skyline, Mr Men

& Little Miss diterbangk­an khas dari UK terutamany­a dari Britain.

Antara produk ditawarkan termasuk biskut, kerepek kentang, sos, air minuman dan makanan dalam tin di samping jenama teh kegemaran rakyat UK seperti Ahmad Tea, Twinnings

Tea dan Harry Bromptons.

Pengarah Perniagaan

Upscale GCH Retail Alice Lau berkata, pihaknya teruja dengan pelancaran kempen berkenaan yang disasarkan untuk mengembang­kan jenama UK dan produknya di pasaran tempatan.

“Kepelbagai­an makanan dan minuman yang ditawarkan pasti menggembir­akan penggemar jenama berkenaan,” katanya pada majlis pelancaran kempen berkenaan di sini, semalam.

Hadir sama Pesuruhjay­a Tinggi Britain Vicki

Treadell.

Produk makanan dan minuman terbabit boleh didapati di cawangan

Mercato, Jasons Food Hall dan

Cold Storage di seluruh

negara.

Pengurus Kanan Pemasaran CGH Retail Daniel Lim berkata, ini tahun kedua kempen berkenaan dianjurkan. “Kempen The GREAT UK

Food diadakan julung kali tahun lalu dan kami menerima sambutan memberangs­angkan,” katanya.

 ??  ?? TREADELL (kiri) melancarka­n kempen The GREAT UK Food Journey di Pavilion Kuala Lumpur, semalam.
TREADELL (kiri) melancarka­n kempen The GREAT UK Food Journey di Pavilion Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia