Harian Metro

Penuntut UIAM raih pingat gangsa karate-do dunia

-

Kuantan: Penuntut Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Nur Faiz Nabilah Mokhtar mengharumk­an nama negara apabila memenangi pingat gangsa pada kejohanan Shito-Ryu Shukokai Karate-Do Dunia di Jepun minggu lalu.

Kejayaan wanita berusia 22 tahun itu menjadikan­nya penuntut pertama negara meraih pingat pada kejohanan itu setakat ini.

“Saya bersama empat pelajar UIAM kampus Kuantan dan kampus Gombak, Selangor terpilih menyertai pertanding­an yang menghimpun­kan lebih 2,000 peserta seluruh dunia membabitka­n beberapa kategori.

“Pengalaman selama empat tahun dalam sukan karate-do menjadi kelebihan untuk saya meraih pingat gangsa dalam kategori kumite yang membabitka­n penyertaan lebih 20 peserta antarabang­sa,” katanya yang berasal dari Johor.

Nur Faiz yang juga Pelajar Tahun Dua Kuliyah Sains Kesihatan Bersekutu itu berkata, dia yang kali pertama bertanding dalam peringkat antarabang­sa tidak menyangka membawa pulang pingat gangsa selepas tewas kepada peserta tuan rumah di peringkat separuh akhir.

Pada pusingan pertama, dia menewaskan peserta Argentina 2-0, kemudian menewaskan peserta Filipina (2-1) pada pusingan kedua dan menumpaska­n peserta Jepun (2-0) pada pusingan ketiga dan keempat.

Nur Faiz Nabilah berkata, kejayaan merangkul pingat gangsa adalah hadiah tertinggi dapat diberikan kepada UIAM yang kali pertama menghantar peserta bertanding dalam acara karata-do di peringkat antarabang­sa.

 ??  ??
 ??  ?? NUR Faiz Nabilah meraih pingat gangsa pada kejohanan Shito-Ryu Shukokai Karate-Do Dunia di Jepun.
NUR Faiz Nabilah meraih pingat gangsa pada kejohanan Shito-Ryu Shukokai Karate-Do Dunia di Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia