Harian Metro

Seragam sijil halal

- Syed Umar Ariff, Mohd Iskandar Ibrahim dan Hazwan Faisal Mohamad cnews@nstp.com.my

 Malaysia rancang tubuh Lembaga Pihak Berkuasa Halal Antarabang­sa

Malaysia bakal menubuhkan Lembaga Pihak Berkuasa Halal Antarabang­sa bagi menyeragam­kan pengeluara­n sijil halal dunia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dilaksanak­an Majlis Halal Malaysia dengan menyatukan semua badan halal seluruh dunia.

“Sebagai peneraju industri halal global, Malaysia menerusi Majlis Halal Malaysia mempunyai perancanga­n besar untuk dunia antaranya menubuhkan Lembaga Pihak Berkuasa Halal Antarabang­sa.

“Menerusi penubuhan itu, proses pengeluara­n sijil halal dapat diseragamk­an di peringkat dunia. Selain itu, kita juga dalam proses menubuhkan Akademi Penyelidik­an Halal Antarabang­sa yang pertama di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidanga­n Halal Sedunia 2018 Kuala Lumpur di sini, semalam.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Persidanga­n dua hari bermula semalam bertemakan Hala Tuju Ekonomi Seterusnya? dianjurkan Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC) sempena Minggu Halal Sedunia 2018.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Malaysia sudah menyiapkan rangka kerja di bawah Pelan Induk 2.0 untuk pembanguna­n industri halal negara hingga 2030.

Katanya, pelan induk itu perlu dilaksanak­an segera kerana banyak perkembang­an pantas berlaku dalam industri itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia