Harian Metro

Padah tipu dokumen

-

Putrajaya: Seorang ketua unit pemasaran dan pembiayaan sebuah bank serta suami isteri direman lima hari bermula, semalam bagi membantu siasatan terhadap perbuatan memalsukan permohonan pembiayaan, tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek wanita berusia 30 tahun dan suami isteri berusia 36 dan 37 tahun itu dikeluarka­n Majistret Khir Nizam Jemari di Mahkamah Majistret di sini, hingga 8 April.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek dibawa oleh pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah jam 9.24 pagi dengan tangan mereka bergari serta memakai baju lokap warna jingga.

Semalam, media melaporkan ketiga-tiga suspek terbabit ditahan dalam satu operasi dijalankan SPRM sekitar jam 11 pagi, semalam.

Difahamkan, suspek yang berkhidmat di cawangan bank berkenaan di sini, dipercayai menerima rasuah kira-kira RM150,000 daripada pasangan terbabit sebagai balasan membuat perakuan pengesahan majikan palsu bagi meluluskan satu pembiayaan peribadi, tahun lalu.

Sebelum itu, sumber dipetik sebagai berkata, pasangan terbabit iaitu pembantu operasi pentadbira­n sebuah jabatan kerajaan dan suaminya dikatakan bertemu kakitangan bank berkenaan yang juga suspek untuk mendapatka­n pembiayaan peribadi.

Bagaimanap­un, sumber itu dilaporkan berkata, permohonan berkenaan tidak lengkap sebelum ketiga-tiga mereka berpakat untuk membuat satu pengesahan palsu bagi memudahkan permohonan itu diluluskan.

Siasatan awal mendapati suami isteri terbabit memberi rasuah kepada kakitangan bank itu sebagai balasan kerana membuat perakuan pengesahan majikan untuk membolehka­n permohonan pembiayaan itu diluluskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia