Harian Metro

ENGGAN KECEWA

 Marquez tekad terus momentum pada Grand Prix Argentina

- Agensi

Marc Marquez (gambar) enggan berdepan kekecewaan sekali lagi menjelang pusingan kedua Grand Prix Argentina hujung minggu ini di Litar Termas de Rio Hondo selepas sekadar meraih penamat kedua pada aksi pembuka tirai MotoGP di Qatar.

Juara bertahan MotoGP itu yang beraksi bersama Repsol Honda berkata, dia perlu meneruskan momentum positif tetapi pada masa sama tidak memandang mudah cabaran pelumba lain.

“Kami memulakan musim ini dengan baik dan hampir meraih kemenangan di Qatar. Kami juga melalui mingtuk gu yang positif pada sesi ujian di Jerez minggu lalu.

“Secara keseluruha­n, saya gembira dengan kerjasama yang diberikan krew pasukan. Tapi yang pasti ia musim cukup sukar.

“Kami perlu lihat prestasi jentera di litar yang berbeza bermula hujung minggu ini,” katanya.

Jelas Marquez, secara peribadi dia menggemari litar itu serta sokongan padu penyokong di hari perlumbaan.

“Tapi kami tidak boleh berasa terlalu selesa. Selepas aksi menarik pada perlumbaan pertama, kini tiba masa untuk kembali bertenang, memberi fokus sepenuhnya dan cuba lebih laju pada perlumbaan kedua.

“Saya rasa perebutan un- kejuaraan pada musim ini sangat terbuka kerana banyak pencabar lain juga mampu mencatat kemenangan pada hari perlumbaan.

“Setakat ini kekuatan semua pasukan adalah seimbang dan hanya selepas itu barulah kita akan dapat saksikan siapa yang lebih baik dan konsisten di kelompok depan,”

katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia