Harian Metro

Sekat 452 ‘keldai’

Orang suruhan bawa dadah ditahan di pintu masuk negara sejak 2010

- Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

Seramai 452 keldai dadah ditahan di pintu masuk Malaysia sejak 2010 hingga tahun lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Kang Chez Chiang berkata, bagaimanap­un angka itu menurun secara drastik selepas operasi berterusan dijalankan pihaknya di lapangan terbang.

“Tahun lalu, polis menahan sembilan keldai dadah di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Pulau Pinang, Lapangan Terbang Sandakan, Lapangan Terbang Senai dan Lapangan Terbang Langkawi.

“Pada 2016, 13 individu ditahan, 2015 (lapan), 2014 (44), 2013 (28), 2012 (61), 2011 (119) dan 2010 (170),” katanya dalam wawancara khas sempena Hari Polis Ke-211.

Mengulas mengenai mengapa rakyat Malaysia khususnya wanita mudah ditipu sebagai keldai dadah, beliau berkata, mereka selalunya terpengaru­h dengan rakan atau teman lelaki.

“Biasanya, warga Nigeria penyebabny­a. Mereka bukan saja berpusat di Malaysia, tetapi juga Thailand, China, Filipina, Indonesia dan seluruh dunia.

“Mereka datang dengan pas pelajar atau visa perniagaan, tetapi peranan utama mereka untuk ‘berkawan’ dengan rakyat Malaysia, dengan niat supaya ‘rakan’ atau ‘teman wanita’ mereka boleh direkrut untuk dihantar ke negara seperti Afrika, Amerika Latin dan Eropah untuk mengembali­kan beg mengandung­i dadah,” katanya.

Kang berkata, kebiasaann­ya mereka akan menabur janji manis untuk memenangi hati wanita dan ada antaranya berkahwin dengan mereka.

“Isteri mereka akan bermula sebagai keldai dadah selepas percubaan pertama berjaya, mereka akan ‘merekrut’ rakan mereka sendiri untuk menjadi keldai dadah,” katanya.

Beliau berkata, selain ditipu rakyat Malaysia juga sanggup menjadi keldai dadah kerana tawaran lumayan.

“Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia ditahan di Bali apabila pihak berkuasa menemui dadah dalam rektumnya. Dia melancong ke Bali dengan beberapa warga Indonesia, jumlah dadah dibawa kurang daripada 100 gram,” katanya.

Isteri mereka akan bermula sebagai keldai dadah selepas percubaan pertama berjaya, mereka akan ‘merekrut’ rakan mereka sendiri untuk menjadi keldai dadah” Kang Chez Chiang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia