Harian Metro

“HIDUPKU BELUM BERAKHIR”

-

> “Saya tidak mahu hidup saya berakhir begitu saja dengan mengharap simpati orang lain,” kata Nadiatul Nabilah Mazli, 21. Biarpun cacat dan tak boleh berdiri akibat masalah saraf pada kakinya, siswi sebuah kolej di ibu kota itu cemerlang menjalanka­n perniagaan mencetak gambar sehingga mampu menampung kos pengajiann­ya, lapor Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz.

Melaka: “Sudah ketentuan Allah SWT untuk kami diuji.

“Walaupun perit, kami reda dan berdoa dia pulih,” luah Noraishah Nordin, 50, ibu kepada pemuda yang dipercayai mengalami masalah kesihatan mental apabila video lelaki itu menunggang motosikal dalam keadaan berbogel tular di Facebook (FB).

Video berdurasi seminit yang tular sejak petang kelmarin dipercayai dirakam pengguna jalan raya di Telok Mas, di sini.

Noraishah berkata, walaupun terkilan dengan penyebaran video terbabit, dia tidak menyalahka­n individu berkenaan kerana mereka tidak tahu penyakit dihidapi anaknya yang dikenali sebagai Nadzmi, 20.

Katanya, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana keluar bekerja dan Nadzmi yang juga anak keempat daripada lima beradik itu dikatakan keluar ke kedai berhampira­n.

“Ketika keluar dari rumah dia lengkap berpakaian dan saya juga terkejut apabila mendapat tahu dia keluar dengan menunggang motosikal.

“Sebelum ini, beberapa kali perkara sama berlaku, termasuk laporan polis dibuat orang awam, malah semalam (kelmarin) anggota polis turut ke rumah,” katanya ditemui di rumahnya di Pernu di sini, semalam.

Noraishah berkata, dia tidak meminta anaknya berkelakua­n seperti itu, tetapi ia disebabkan penyakit dihidapiny­a.

“Perkara itu berlaku di luar kawalan dan saya berharap masyarakat tidak terus melontarka­n kata-kata negatif.

“Kami sekeluarga sentiasa memantauny­a dan bukan bersikap lepas tangan, tetapi ada masanya, ia berlaku di luar kawalan,” katanya.

Menurutnya, anaknya adalah pelajar pintar, malah memperoleh 9A, 2B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 seterusnya menyambung pelajaran di sebuah universiti di Gombak, Selangor.

“Bagaimanap­un, Nadzmi hanya menamatkan pengajian satu semester saja sebelum diminta menangguhk­an pengajian selepas dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental,” katanya.

Menurutnya, jika fikiran anaknya itu tidak terganggu, dia bercakap seperti biasa, malah dapat membaca al-Quran dengan sempurna dan mendengar nasihat.

Noraishah berkata, dia dan suami, Roslan Jinu, 57, berusaha mengubati penyakit anaknya dengan berjumpa pakar psikiatri di samping mencuba perubatan tradisiona­l.

 ??  ??
 ??  ?? NORAISHAH menunjukka­n surat luahan hati yang ditulis Nadzmi.
NORAISHAH menunjukka­n surat luahan hati yang ditulis Nadzmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia