Harian Metro

‘KAMI LEBIH TERTEKAN’

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@nstp.com.my

“Kerja macam kami ini senang dapat pahala, senang dapat dosa,” kata Khartina Khalid, 42, jururawat Hospital Langkawi, Kedah, yang videonya tular selepas dirakam seorang lelaki mendakwa tidak berpuas hati dengan khidmat diberikan kakitangan hospital itu, baru-baru ini.

Khartina berkata, kerjaya sebagai jururawat berdepan banyak tekanan kerana membabitka­n soal nyawa seseorang.

“Kami perlu mengawal keadaan di dalam (pesakit yang dirawat) dan pada masa sama perlu berdepan orang awam yang datang.

“Saya faham jika suami wanita itu tertekan, namun kami lebih tertekan kerana perlu mengawal kedua-dua situasi,” katanya yang kecewa dengan tindakan lelaki berkenaan merakam dan menyebarka­n video itu di laman sosial.

Khartina yang pernah empat kali menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) antara empat kakitangan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat penghargaa­n daripada Safety 1st dalam satu majlis di Hospital Serdang di sini, semalam.

Turut menerima penghargaa­n itu, Pengarah Hospital Serdang yang mewakili KKM, Dr Rohana Johan, Doktor Pakar di Jabatan Kardiologi Hospital Serdang, Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah dan Ketua Unit Keselamata­n Pesakit KKM, Dr Nor ‘Aishah Abu Bakar

Anak jati Padang Besar, Perlis itu meminta orang awam lebih memahami dan menghargai kerja serta pengorbana­n kakitangan hospital.

“Anugerah ini ditujukan khas untuk semua jururawat seluruh Malaysia,” katanya.

Akhbar NSTP pada 2 April lalu melaporkan seorang jururawat Hospital Langkawi ‘diserang’ dan dikasari kerana didakwa tidak memberikan layanan sepatutnya kepada pesakit dan lebih memburukka­n keadaan apabila kejadian itu tular di Facebook hingga menyebabka­n pihak pengurusan hospital dikecam netizen.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menggelark­an semua kakitangan KKM adalah wira tidak didendang kerana khidmat mereka yang terbaik tanpa diberikan anugerah, pingat atau pangkat.

“Namun apabila ada pihak memberikan penghargaa­n, ia sedikit sebanyak memberikan suntikan semangat kepada petugas KKM yang bertungkus-lumus memberikan yang terbaik buat pesakit dan masyarakat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penghargaa­n Buat KKM oleh Safety 1st. Penyanyi popular Aiman Tino, 20, tidak serik untuk terus menimba ilmu dalam bidang lakonan yang baru diceburiny­a kerana minat.

Walaupun kemunculan Aiman sebagai pelakon untuk drama Mak Cun musim keempat menimbulka­n isu, dia tidak pernah berasa bimbang dan serik terutama selepas insiden dia ditampar pelakon Fazlina Ahmad Daud ketika penggambar­an drama itu.

“Buat apa saya nak rasa serik. Setakat ditampar untuk belajar mendapatka­n emosi dalam lakonan, apalah sangat.

“Ia perkara kecil saja. Malah, saya dan ibu bapa serta keluarga boleh menerima perkara itu dengan positif. Biasalah, saya minat nak berlakon tetapi tiada pengalaman. Jadi, apa yang dilakukan kak Fazlina itu sekadar mahu mengajar.

“Cuma, yang sedihnya orang luar lebih-lebih mendebatka­nnya hingga menjadi satu isu sedangkan antara saya dengan kak Fazlina, kami baik dan tiada masalah,” katanya.

Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri berkata, dia juga sedia berlakon lagi dengan Fazlina pada masa akan datang jika diberikan peluang.

“Bekerja dengan pelakon berkaliber seperti kak Fazlina adalah satu peluang baik. Jadi, saya tak serik pun.

“Kalaulah ada peluang untuk kami berlakon bersama lagi, saya okey dan sedia menerimany­a. Apa yang saya inginkan ilmu lakonan,” katanya.

Mengakui bukan senang bergelar pelakon, Aiman berkata, dia mengharapk­an isu ditampar itu dihentikan dan tidak berpanjang­an lagi.

“Kalau saya boleh tak peduli mengenai perkara itu (ditampar), harapnya orang lain yang tidak tahu kejadian sebenar jangan pula lebih-lebih,” katanya.

Aiman yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci dan Permata Cinta berkata, setakat ini dia bersyukur Ku Sesat Dalam Rindu turut mendapat sambutan baik peminat.

Jururawat ‘viral’ dapat penghargaa­n

single

 ?? FOTO: AIZUDDIN SAAD ?? DR Noor Hisham (tengah) menyaksika­n Pentadbir Utama Safety 1st, Samad Rahim (kanan) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada Khartina pada Majlis Penghargaa­n buat Kementeria­n Kesihatan Malaysia oleh Safety 1st di Hospital Serdang.
FOTO: AIZUDDIN SAAD DR Noor Hisham (tengah) menyaksika­n Pentadbir Utama Safety 1st, Samad Rahim (kanan) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada Khartina pada Majlis Penghargaa­n buat Kementeria­n Kesihatan Malaysia oleh Safety 1st di Hospital Serdang.
 ?? Aiman Tino ?? Buat apa saya nak rasa serik. Setakat ditampar untuk belajar mendapatka­n emosi dalam lakonan, apalah sangat”
Aiman Tino Buat apa saya nak rasa serik. Setakat ditampar untuk belajar mendapatka­n emosi dalam lakonan, apalah sangat”
 ??  ?? RAKAMAN video yang viral mendakwa jururawat Hospital Langkawi tidak memberi layanan sepatutnya kepada pesakit.
RAKAMAN video yang viral mendakwa jururawat Hospital Langkawi tidak memberi layanan sepatutnya kepada pesakit.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia