Harian Metro

Suami isteri doa panjang umur jaga anak cacat

-

Arau: Ketika kanak-kanak seusianya lincah bermain dan melalui proses pembelajar­an di sekolah, Aidil Farhan Faizal, 9, hanya mampu terlantar, menangis serta memerlukan pengawasan setiap masa.

Aidil Farhan yang menetap di Taman RPA 2B Arau di sini, terpaksa melalui hari mendatang dengan penderitaa­n selepas mengalami penyakit saraf, selain kecacatan kekal sejak lahir.

Dengan keadaannya itu, tiada apa yang diharapkan kedua ibu bapanya, Faizal Ramli, 40 dan Fairuz Azida Md Amir, 29, selain dikurniaka­n umur yang panjang bagi menjaga anak sulung mereka itu.

Faizal berkata, anak sulung daripada dua beradik itu mengalami penyakit berkenaan selepas mengalami deman panas disusuli sawan ketika berusia enam bulan, sehingga menyebabka­n Aidil Farhan terpaksa mendapat rawatan di hospital dalam tempoh lama.

“Aidil Farhan hanya mampu terbaring di rumah dan memerlukan pengawasan setiap masa.

“Saya perlu mengeluark­an perbelanja­an sekitar RM400 sebulan bagi membeli susu untuk perkembang­an dan tumbesaran anak saya itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dia yang bekerja sebagai buruh mengakui sukar memenuhi keperluan anaknya, susulan pendapatan bulanan hanya RM800.

“Saya akui sukar membeli susu, lampin pakai buang dan kerusi roda kerana perlu membayar sewa rumah serta membesarka­n seorang lagi anak.

“Isteri saya pula tidak boleh bekerja kerana perlu menjaga dan memberi perhatian kepada Aidil Farhan,” katanya yang memaklumka­n ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sebanyak RM350 sebulan.

Sementara itu, penderitaa­n Aidil Farhan mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man apabila Setiausaha Politik Menteri Besar, Khalid Ahmad menyampaik­an bantuan kerusi roda, makanan, lampin pakai buang serta pelbagai lagi barangan lain.

Khalid yang meluangkan masa kira-kira 30 minit di rumah berkenaan memberi jaminan akan berusaha mencari kediaman untuk keluarga kanak-kanak berkenaan yang selama ini hanya menyewa.

 ??  ?? AIDIL hanya terbaring akibat kecacatan kekal.
AIDIL hanya terbaring akibat kecacatan kekal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia