Harian Metro

Pacu ekonomi tertinggi di dunia

-

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak menegaskan transforma­si inklusif lagi komprehens­if dilaksanak­an kerajaan sejak 2009 menghasilk­an tujuh kejayaan kepada rakyat dan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan dengan gigih meneruskan usaha mentransfo­rmasi negara berpaksika­n dua kerangka besar falsafah iaitu Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahuluka­n, Pencapaian Diutamakan, yang dicetuskan pada 2009 dan Dasar Transforma­si Nasional, yang dimulakan pada 2010.

“Kejayaan pertama iaitu memastikan ekonomi Malaysia terus stabil dan berdaya tahan. Meskipun sewaktu saya mengambil alih tampuk kepemimpin­an kerajaan, ekonomi Malaysia menguncup negatif 1.5 peratus namun Alhamdulil­lah, kita mengharung­i krisis ekonomi dan kewangan dunia dengan baik, teliti serta teratur.

“Buktinya, tahun lalu (2017), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara mencatat pertumbuha­n ekonomi 5.9 peratus iaitu antara tertinggi di dunia.

“Ini sekali gus menyangkal tohmahan pihak tidak bertanggun­gjawab bahawa Malaysia bakal bankrap,” katanya pada sidang media khas mengumumka­n pembubaran Parlimen di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

Najib berkata, kejayaan kedua menerusi pendekatan amalan kerangka Maqasid Syariah yang memenuhi roh dan tuntutan Manhaj Maqasid Syariah, sebagaiman­a dianjurkan Ulama Muktabar sejak ratusan tahun.

“Sekalipun tidak dinyatakan secara tertulis dalam mana-mana dokumen rasmi negara, namun ternyata, pendekatan ke arah berpegang kepada pedoman, roh dan prinsip kerangka ini, amat jelas dirasai dalam sebarang pembentuka­n falsafah dan penggubala­n dasar penting negara.

“Sebagai contoh yang sering diutarakan adalah Dasar Wasatiyyah Negara, iaitu pendekatan kesederhan­aan, yang tidak terlalu ekstrem, dengan menolak ideologi Daesh dan IS, serta bukan menjurus kepada fahaman terlalu longgar dan liberal sehingga keberkesan­annya turut diakui ramai pemimpin serta negara di serata dunia termasuk pengiktira­fan daripada Liga Muslim Sedunia atau WML,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia