Harian Metro

KHIDMAT TERBAIK DEMI RAKYAT

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

UTC Negeri Sembilan simbol prihatin kerajaan terhadap pembanguna­n luar bandar

Pusat Transforma­si Bandar (UTC) pertama di Negeri Sembilan antara simbol kejayaan Kerajaan Pusat dan negeri dalam menyediaka­n perkhidmat­an terbaik untuk rakyat.

UTC yang berfungsi sebagai pusat sehenti bagi pelbagai perkhidmat­an kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi contoh terbaik inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dilaksanak­an kerajaan.

Pusat yang beroperasi di Ampangan di sini menyediaka­n kemudahan pelbagai urusan membabitka­n Kerajaan Pusat dan negeri yang ke-20 dibuka di negara ini.

Ia dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 30 November lalu.

Pembanguna­n UTC berkenaan membuktika­n keprihatin­an kerajaan terhadap pembanguna­n luar bandar selain meneruskan kemudahan untuk manfaat rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata projek Kerajaan Pusat itu adalah sebahagian daripada pelan transforma­si negara (UTP) bagi kemudahan bersama.

Beliau berkata, sejak beroperasi, UTC Negeri Sembilan memberi banyak manfaat kepada masyarakat terutama di kawasan Ampangan, Paroi serta Kuala Pilah.

Katanya, projek di bangunan milik UDA Holdings Berhad (UDA) itu membabitka­n kos kira-kira RM34 juta dan proses ubah suai bangunan berkenaan dibuat berikutan lokasinya yang strategik selain mempunyai kemudahan asas serta pengangkut­an awam.

Bangunan itu menempatka­n 15 agensi kerajaan bagi memudahkan orang ramai berurusan di bawah satu bumbung.

“Penambahan penduduk dan pembanguna­n kawasan sekitar yang semakin rancak, membuatkan kawasan itu dilihat paling sesuai untuk pembinaan UTC yang memudahkan orang ramai berurusan terutama pada hari bekerja dan cuti hujung minggu.

“Malah Medan Selera Ampangan yang hampir ‘mati’ sebelum ini kini hidup kembali dan dikunjungi pelanggan,” katanya.

Mohamad berkata, Perdana Menteri ketika perasmian bangunan itu turut mengumumka­n kelulusan pembinaan jejantas dari UTC ke Medan Selera Ampangan bagi kemudahan pengunjung.

Menurutnya, beliau sudah meluluskan reka bentuk jejantas itu yang dijangka pembinaann­ya dalam masa terdekat.

Selain UTC, negeri itu turut menerima manfaat dengan pelbagai projek kerajaan termasuk pembanguna­n Lembah Wawasan Malaysia (MVV) di kawasan seluas 108,000 hektar meliputi Seremban, Nilai dan Port Dickson.

 ?? Zakaria Ahmad ?? Saya sangat berpuas hati dengan adanya UTC kerana memudahkan urusan saya dan menjimatka­n masa”
Zakaria Ahmad Saya sangat berpuas hati dengan adanya UTC kerana memudahkan urusan saya dan menjimatka­n masa”
 ?? Noriah Hashim ?? Urusan menjadi lebih mudah dengan adanya UTC kerana hanya perlu ke satu tempat mendapatka­n perkhidmat­an”
Noriah Hashim Urusan menjadi lebih mudah dengan adanya UTC kerana hanya perlu ke satu tempat mendapatka­n perkhidmat­an”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia