Harian Metro

600,000 penduduk terima manfaat

-

Seremban: Lebih 600,000 penduduk di daerah ini termasuk Ampangan, Paroi dan Kuala Pilah menerima pelbagai manfaat dengan kewujudan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Negeri Sembilan yang beroperasi empat bulan lalu.

Pusat itu juga yang pertama membawa pembaharua­n dari segi perkhidmat­an dengan penyediaan kaunter ‘1 Serve’ menggabung­kan perkhidmat­an Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) serta Jabatan Imigresen.

Kaunter itu membolehka­n orang ramai mendapatka­n perkhidmat­an ketiga-tiga agensi berkenaan di satu tempat saja.

Langkah proaktif itu bertujuan menambah baik kaunter kerajaan yang berupaya menjadi platform merakyatka­n perkhidmat­an awam dalam memberikan perkhidmat­an terbaik, cepat dan selesa kepada rakyat.

Tinjauan mendapati orang ramai menyambut baik langkah kerajaan menyediaka­n UTC kerana menjimatka­n masa dan wang mereka berurusan di satu tempat saja.

Pesara swasta, Zakaria Ahmad, 61, yang menetap di Taman Tuanku Jaafar, Senawang, berkata dia mengunjung­i UTC setiap dua bulan untuk berurusan di Lembaga Tabung Haji.

“Saya sangat berpuas hati dengan adanya UTC kerana memudahkan urusan saya dan menjimatka­n masa.

“Saya tidak perlu lagi pergi ke banyak lokasi untuk mendapatka­n perkhidmat­an kerajaan dan swasta kerana UTC menyediaka­n semua perkhidmat­an di bawah satu bumbung,” katanya.

Ibu tunggal, Noriah Hashim, 69, berkata urusan menjadi lebih mudah dengan adanya

UTC kerana hanya perlu ke satu tempat mendapatka­n perkhidmat­an dan klinik kesihatan.

“Saya tiada kenderaan dan menaiki bas untuk ke mana-mana. Apabila ada UTC, saya datang ke sini untuk ke klinik kesihatan dan boleh buat urusan lain termasuk mencari barang keperluan sebelum pulang ke rumah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia