Harian Metro

TAMBAH MAJORITI

-

Barisan Nasional (BN) memberi lebih tumpuan kepada kerusi dimenangi dengan majoriti tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu dan yakin lebih baik pada PRU-14 nanti.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN cuba meraih kemenangan dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU-14 akan datang.

“Kami rasa peluang BN bagi PRU-14 kali ini lebih cerah. Kami cuba dapat dua pertiga kali ini dan Insya-Allah kami dapat capai,” katanya ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini, semalam.

Terdahulu, Ahmad Zahid dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan solat Jumaat di masjid itu selepas selesai menghadiri mesyuarat Kabinet terakhir dan pengumuman pembubaran Parlimen di Bangunan Perdana Putra. Ahmad Zahid berkata, semua jentera BN termasuk UMNO dan komponen parti lain sudah bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi hari pengundian kelak.

Pada PRU-13 yang lalu, 29 kerusi Parlimen yang dimenangi calon BN dengan majoriti kecil hingga menuntut perhatian serius daripada pucuk kepemimpin­an parti.

Antara kerusi itu termasuk disandang anggota Kabinet iaitu tiga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai) dan Tan Sri Joseph Kurup (Pensiangan) dengan masing-masing hanya memperoleh majoriti 1,371, 1,196 dan 1,744 undi.

Selain itu, anggota Kabinet lain membabitka­n Menteri Perusahaan, Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Kiong (Teluk Intan - kerusi dimenangi pada pilihan raya kecil (PRK), Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai (Bentong), Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera), Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Titiwangsa), Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m (Segamat) serta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu).

Liow yang juga Presiden MCA dan Mah yang juga Presiden GERAKAN antara pemimpin parti komponen BN dijangka berdepan saingan sengit jika kekal di kerusi itu berikutan masing-masing hanya menang dengan majoriti 379 dan 238 undi.

BN beri tumpuan 29 kerusi Parlimen dimenangi calon dengan undi tipis

 ??  ?? AHMAD Zahid bersama Datuk Seri Hasan Malek tiba di Masjid Putra untuk menunaikan solat Jumaat, semalam.
AHMAD Zahid bersama Datuk Seri Hasan Malek tiba di Masjid Putra untuk menunaikan solat Jumaat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia