Harian Metro

BAPA SEGALA PRU

-

 Teka-teki tarikh pembubaran Parlimen akhirnya terjawab

Mohamad yang mahu kembali menjadi perdana menteri pada usia 93 tahun jika pembangkan­g menang.

Barisan Nasional (BN), yang mentadbir negara sejak enam dekad lalu dijangka menghadapi saingan sengit daripada parti pembangkan­g yang menggelark­an gabungan mereka sebagai Pakatan Harapan (PH).

Persoalann­ya, mampukah PH merampas Putrajaya Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n yang mereka idamkan sejak tiga pilihan raya umum lalu?

Ketika BN diketuai UMNO bersama 12 lagi parti komponen bersiap sedia untuk PRU-14 ini, PH yang diketuai DAP bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) masih tercari-cari titik persamaan, persefaham­an serta kesepaduan sebagai satu gagasan untuk menyaingi BN.

Landskap politik negara mengalami perubahan signifikan ekoran kemelut dalam UMNO dan perpecahan dalam kalangan parti pembangkan­g sehingga Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk bersama DAP, PAS dan PKR, terkubur pada Jun 2015 dan akhirnya membawa kepada penubuhan PH.

Kecelaruan masih berlaku. Kelmarin, Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) mengeluark­an perintah pembubaran sementara PPBM dan memberi tempoh 30 hari untuk parti itu melengkapk­an butiran yang diperlukan atau berdepan pembubaran.

Keadaan ini menyebabka­n semua 52 calonnya bertanding menggunaka­n logo parti lain dalam PH sama ada DAP, PKR atau

PAN seperti diakui Pengerusin­ya, Tun Dr

Mahathir Mohamad.

Ketua Parlimen DAP, Lim

Kit Siang pula kecewa apabila logo parti itu yang sudah berusia 50 tahun tidak akan digunakan pada PRU-14.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mengumumka­n persetujua­n menggunaka­n satu lambang yang dipersetuj­ui semua parti dalam PH bagi PRU-14. Keputusan berkenaan diambil selepas kegagalan PH didaftar sebagai pakatan untuk bertanding dalam PRU-14.

BN juga dijangka berdepan dengan blok ketiga politik yang dinamakan Gagasan Sejahtera terdiri daripada

PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) serta calon Bebas. PAS sudah mengumumka­n untuk bertanding sekurang-kurangnya di 130 kerusi Parlimen.

Semua senario ini memungkink­an pertanding­an tiga penjuru di kebanyakan kerusi terutama kawasan pinggir bandar dan

 ??  ?? SIARAN khas selama 26 minit disiarkan menerusi akaun Facebook rasmi Perdana Menteri menarik perhatian
ramai, semalam.
SIARAN khas selama 26 minit disiarkan menerusi akaun Facebook rasmi Perdana Menteri menarik perhatian ramai, semalam.
 ??  ?? SIARAN di akaun Facebook rasmi Perdana Menteri yang mencatat kira-kira 519,000 jumlah tontonan dan 10,000 kongsian.
SIARAN di akaun Facebook rasmi Perdana Menteri yang mencatat kira-kira 519,000 jumlah tontonan dan 10,000 kongsian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia