Harian Metro

Satu Malaysia teruja

-

Kuala Lumpur: Siaran langsung pengumuman khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), menarik perhatian masyarakat di seluruh negara.

Tinjauan mendapati orang ramai teruja menantikan pengumuman berkenaan, sama ada menerusi siaran televisyen dan media dalam talian mulai jam 12 tengah hari semalam.

Siaran khas selama 26 minit itu turut disiarkan menerusi akaun Facebook rasmi Perdana Menteri yang mencatat kira-kira 519,000 jumlah tontonan dan 10,000 kongsian.

Pekerja swasta, Muhamad Izzat Mailis, 26, berkata pembubaran berkenaan menunjukka­n kerajaan sudah bersedia untuk bertanding dalam PRU14.

“Pembubaran itu, menandakan kerajaan bersedia dan yakin untuk bertanding dalam PRU14.

“Sebagai anak muda, secara peribadi saya amat mengharapk­an lebih ramai calon muda yang akan bertanding kelak,” katanya.

Bagi suri rumah, Masrini Massri, 33, berkata jika BN menang lagi, parti itu diharap dapat melaksanak­an lebih banyak inisiatif membantu rakyat.

“Saya berharap dengan pembubaran ini dan pemerintah yang baru mereka akan lebih fokus dalam membantu mengawal ekonomi rakyat contohnya dengan pengawalan harga barang keperluan.

“Selain itu diharap segala janji yang diberikan ditunaikan tidak hanya sebelum PRU tetapi diteruskan sampai bila-bila,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia