Harian Metro

Tunggu notis Dewan Rakyat

-

Putrajaya: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) perlu menunggu notis daripada Speaker Dewan Rakyat sebelum dapat menetapkan tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusin­ya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berkata dalam tempoh 10 hari selepas menerima notis berkenaan, pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh penting PRU14 iaitu tarikh keluar writ, penamaan calon, pengundian awal bagi tentera dan polis serta hari mengundi.

“Kebiasaann­ya selepas pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Speaker akan keluarkan notis kepada SPR memaklumka­n Parlimen dibubarkan dan berlaku kekosongan, selepas itu baru SPR ambil tindakan lanjut

“Selagi belum terima notis, kita akan tunggu, mungkin sehari dua ini, mungkin juga petang ini (semalam) dapat, jadi boleh jadi bila-bila masa,” katanya ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini, semalam.

Datuk Seri Najib Razak, semalam mengumumka­n pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri berkata, selaras dengan peruntukan Perkara 55 Perlembaga­an Persekutua­n, Yang di-Pertuan Agong memperkena­nkan bagi Parlimen Ke-13 dibubarkan berkuat kuasa pada Sabtu, 7 April 2018.

Menyentuh mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), Mohd Hashim berkata, situasi sama turut berlaku di peringkat negeri apabila Menteri Besar dan Ketua Menteri perlu mengadap Sultan dan Yang Dipertua Negeri masing-masing bagi membolehka­n DUN dibubarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia