Harian Metro

Kekuatan polis cukup 14 TERAS MANIFESTO

-

Semua Ketua Polis Negeri akan mengambil segala tindakan yang perlu dalam berdepan sebarang situasi sepanjang tempoh pembubaran Parlimen sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selesai dijalankan.

Sebelum ini, pelbagai latihan dan taklimat sudah diberikan bagi memastikan proses pembubaran, penamaan calon, berkempen dan hari mengundi di seluruh negara berjalan lancar sejak tahun lalu.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya akan memastikan segala keperluan termasuk kekuatan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara mencukupi.

“Tanggungja­wab setiap ketua polis negeri mengambil dan melaksanak­an tindakan selaras peruntukan undang-undang sepanjang tempoh Parlimen dibubarkan,” katanya.

Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan dilancarka­n secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini satu manifesto yang menyentuh semua strata rakyat Malaysia melalui 14 teras dan 300 inisiatif digariskan.

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, ia juga manifesto komprehens­if dan inklusif kerana disediakan berdasarka­n idea diperoleh melalui proses

yang diadakan dengan pihak berkepenti­ngan termasuk parti komponen, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan serta orang ramai.

Beliau berkata, pihaknya banyak mengadakan sesi perahan idea secara tertutup dan mengambil beberapa perkara penting sebelum dimasukkan dalam 14 teras utama manifesto kali ini yang bertemakan Bersama BN Hebatkan Negaraku.

“Malah, ada beberapa inisiatif dalam manifesto ini yang tidak pernah disebut dalam mana-mana dokumen kerajaan khususnya yang berkaitan dengan gaji dan pendidikan,” katanya kepada NSTP di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, manifesto berkenaan tidak boleh dibaca secara berasingan sebaliknya perlu dibaca bersama dokumen penting kerajaan yang lain

Tiada siapa terlepas mendapat nikmat

terus daripada kerajaan

termasuk Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), Bajet Tahunan Kerajaan, Program Transforma­si Nasional (NTP) dan Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Manifesto ini akan menyentuh semua lapisan masyarakat termasuk pelajar, belia, warga emas, orang kurang upaya (OKU), veteran, wanita, orang muda dan sebagainya.

“Tiada siapa pun terlepas termasuk rakyat Sabah dan Sarawak akan mendapat nikmat secara terus daripada kerajaan,” katanya.

Menurutnya, manifesto itu turut diterjemah­kan kepada enam bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Tamil, Cina, Iban dan Kadasan-Dusun serta dikeluarka­n dalam lima versi iaitu buku, booklet, laman web, dan

“Kali ini kita akan lebih kepada format digital supaya dapat kurangkan penggunaan kertas,” katanya.

Beliau berkata, antara inisiatif yang akan ditekankan dalam manifesto itu adalah penentuan paras gaji pekerja sektor swasta supaya lebih setimpal, pemberian kad diskaun perjalanan bagi pengangkut­an awam, OKU, pelajar serta belia bekerja.

Menurutnya, inisiatif lain termasuk memperkasa­kan ekosistem industri perumahan supaya rakyat bukan sahaja mampu memiliki rumah yang berpatutan, malah hak mereka sebagai pemilik rumah turut dipelihara dengan mewujudkan satu entiti tunggal untuk memantau isu perumahan termasuk pemantauan pembinaan.

Katanya, inisiatif lain ialah memperkuku­hkan dan mempromosi­kan dialog kebersamaa­n dan persefaham­an antara kaum di Malaysia dan kali ini fokus untuk bukan Islam.

 ??  ?? ABDUL Rahman menunjukka­n tema manifesto Bersama BN Hebatkan Negaraku.
ABDUL Rahman menunjukka­n tema manifesto Bersama BN Hebatkan Negaraku.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia