Harian Metro

PAS pertaruh lebih 130 calon Parlimen

-

Marang: PAS mungkin mempertaru­hkan lebih 130 calon untuk bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, senarai nama calon akan diumumkan selepas pengumuman Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kami sudah buat persediaan awal, semua calon sudah bersedia dan nama mereka pun sudah diluluskan Majlis Syura Ulama.

“Paling kurang, kami bertanding 130 kerusi kecuali ada permintaan di saat akhir daripada sahabat PAS dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan),” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Rusila di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Ditanya sama ada beliau akan mempertaha­nkan kerusi yang disandang ketika ini, Abdul Hadi hanya menjawab, perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada parti.

“Saya ikut arahan parti (PAS). Di mana pun bertanding, saya serah kepada parti,” katanya.

Mengulas pembubaran sementara pendaftara­n Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) oleh Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS), Abdul Hadi berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya pucuk pimpinan PPBM memenuhi syarat ditetapkan.

Mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan dihentikan PPBM sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya, Abdul Hadi berkata, PAS mempunyai pandangan yang berbeza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia