Harian Metro

400 disyaki cuba bikin onar TETAP TANDING

- Idris Musa idris@mediaprima.com.my

Polis Perak mengenal pasti hampir 400 individu dipercayai akan menimbulka­n kekacauan selepas Parlimen dibubarkan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.

Ketika ini polis kontinjen Perak mempunyai senarai individu terbabit dan akan melakukan pemantauan ke atas mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, pihaknya juga mengenal pasti beberapa lokasi dikategori­kan kawasan ‘panas’ ketika tempoh penamaan calon, berkempen dan hari mengundi.

“Sejumlah 7,800 pegawai dan anggota akan terbabit sepanjang Parlimen dibubarkan,” katanya.

Tambahnya, persediaan polis Perak sememangny­a sudah dilakukan sejak pertengaha­n 2016 dan persiapan rapi dibuat sejak sebulan lalu.

Walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini dibubar sementara, Pengerusin­ya Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tetap akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

“Saya masih percaya, saya seorang warganegar­a Malaysia saya ada hak untuk bertanding dan saya akan bertanding.

“Kami boleh guna mana-mana logo malahan kami juga boleh bertanding atas tiket individu,” katanya.

Kelmarin, Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengeluark­an perintah pembubaran sementara terhadap PPBM berdasarka­n notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim, dipetik berkata perintah itu memperuntu­kkan PPBM diberi tempoh 30 hari untuk menghantar semua dokumen diperlukan ROS dan jika ada rayuan dan ditolak PPBM akan dibatalkan pendaftara­nnya.

PPBM juga tidak boleh menggunaka­n nama dan logo parti dalam tempoh perintah pembubaran sementara itu serta tidak dibenar melaksanak­an sebarang aktiviti berkaitan parti.

Mengulas mengenai hal itu, Mahathir berkata, istilah ‘pembubaran sementara’ yang digunakan ROS mengeliruk­an pihaknya.

“Jika mereka kata kita batal, jelas kita tidak boleh mengatakan yang kita daripada PPBM,” katanya.

Dr Mahathir tak kisah ROS bubar PPBM

 ?? Mahathir Mohamad ?? Saya masih percaya, saya seorang warganegar­a Malaysia saya ada hak untuk bertanding dan saya akan bertanding”
Mahathir Mohamad Saya masih percaya, saya seorang warganegar­a Malaysia saya ada hak untuk bertanding dan saya akan bertanding”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia