Harian Metro

IBU INSAN ISTIMEWA

-

 Keutamaan berbakti kepadanya lebih tinggi daripada bapa

kandungan selama sembilan bulan.

Islam berulang kali menasihati manusia supaya mentaati dan menghormat­i ibu. Tiada mana-mana agama selain Islam yang mengangkat martabat dan kedudukan wanita sebagai seorang ibu.

Memang benar, ada ibu pada hari ini tidak mahukan kelahiran anaknya. Dia mengeluh, bahkan berusaha untuk menggugurk­an kandungan namun anaknya lahir juga.

Bagaimanap­un, kejadian seupama itu adalah kes terpencil. Maafkanlah ibu kita yang mungkin terkeliru pada saat itu.

Dia tetap istimewa kerana menjadi pilihan Allah SWT untuk menjadi sebab kelahiran kita. Bukan kita yang memilih ibu, tetapi Allah SWT yang mengizinka­n dia menjadi ibu kita.

Anggaplah dia tetap teristimew­a. Rasulullah SAW juga tiga kali mengulangi ibu adalah manusia paling berhak menjadi sahabat terbaik seorang anak. Apabila ditanya seorang lelaki, “Siapakah manusia yang paling berhak menjadi sahabatku yang terbaik?”

Jawab Baginda: “Ibumu!” Ya, tiga kali Baginda menjawab begitu. Terdapat beberapa contoh ibu solehah yang tercatat dalam sejarah Islam antaranya ibu Nabi Musa AS yang sangat yakin janji Allah SWT kepadanya.

Beliau dengan tenang menghanyut­kan anaknya yang diletakkan di dalam peti ke laut untuk melindungi Nabi Musa AS daripada Firaun.

Seperti yang disebut dalam Surah al-Qasas, ayat 7 yang bermaksud: Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: “Susukanlah dia, dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainy­a (daripada angkara Firaun) maka (letakkanla­h dia di dalam peti dan) lepaskanla­h dia ke dalam laut dan janganlah engkau berasa bimbang dan jangan pula berduka cita, sesungguhn­ya Kami akan mengembali­kannya kepadamu dan Kami akan melantikny­a menjadi salah seorang daripada rasulrasul Kami.”

Seterusnya, Allah SWT menjadikan Maryam wanita yang dipelihara maruah dan kesucianny­a.

Beliau adalah anak perempuan kepada Imran, seterusnya menjadi ibu kepada Isa al-Masih. Maryam dimuliakan dengan Allah SWT menjadikan kandungann­ya sebagai seorang yang bebas daripada segala bentuk hal dunia dan terhindar daripada kesyirikan dan perhambaan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan juga (satu misal perbanding­an lagi iaitu) Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa, seorang perempuan) yang memelihara kehormatan dan kesucianny­a (daripada disentuh oleh lelaki tetapi oleh sebab Kami takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahka­n Jibril meniupkan ke dalam kandungan tubuhnya daripada roh (ciptaan) Kami dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran kalimah-kalimah Tuhanya serta kitab-kitab-Nya dan ia menjadi daripada kalangan orang-orang yang taat.” (Surah al-Tahrim, ayat 12)

Begitulah istimewany­a seorang wanita. Sehubungan itu, hargai ibu kita dan pilihlah bakal ibu terbaik untuk anak dan cucucicit kita.

Andai kita seorang wanita, pakailah akhlak keibuan supaya menjadi ibu yang paling disayangi semua.

Penulis pendakwah dan penulis buku

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia