Harian Metro

Hikmah dibenar himpun dua solat

-

orang musafir menjamakka­n solat Asar dengan solat Jumaat?

Harus bagi orang musafir menjamakka­n solat Asar dengan solat Jumaat dan dikerjakan pada waktu Jumaat iaitu jamak takdim.

3. Mana lebih baik untuk dikerjakan sama ada jamak takdim atau jamak takhir?

Bagi orang yang memulakan perjalanan sebelum masuk waktu yang pertama manakala perjalanan pula akan membabitka­n kedua-dua waktu dan ada pula kemudahan untuk menunaikan solat dalam perjalanan itu.

Maka, lebih baik baginya mengerjaka­n jamak takdim untuk mendapatka­n fadilat awal waktu di samping melahirkan perasaan bimbang jika ditakhirka­n ke waktu kedua, berkemungk­inan akan berlaku halangan yang menyebabka­n solat tidak dapat dilakukan.

Namun, jika dia memulakan perjalanan selepas masuk waktu pertama, maka lebih baik baginya mengerjaka­n jamak takhir.

Ada pendapat lain mengatakan sekiranya seseorang itu hendak memulakan perjalanan selepas masuk waktu yang pertama, adalah lebih baik baginya mengerjaka­n solat dahulu secara tamam dan mengerjaka­n solat kedua (Asar atau Isyak) secara qasar sama ada ketika masih dalam perjalanan atau boleh dilakukan di tempat yang hendak ditujuinya jika dia berkeyakin­an waktunya masih ada.

4. Apakah syarat bagi jamak takdim dan jamak takhir?

Syarat jamak takdim ialah:

1. Hendaklah mendahuluk­an solat yang pertama iaitu Maghrib atau Zuhur.

2. Hendaklah niat jamak dalam solat yang pertama.

3. Hendaklah dilakukan secara berturut-turut tanpa diselangi waktu yang panjang.

4. Hendaklah berkekalan safarnya sehingga selesai takbiratul­ihram solat yang kedua.

Syarat jamak takhir ialah:

1. Hendaklah berniat untuk jamak takhir dalam waktu yang pertama.

2. Hendaklah berkekalan safarnya sehingga selesai memberi salam bagi solat yang kedua.

(Ulama tidak menetapkan manakah yang patut didahuluka­n, cuma ada pendapat mengatakan hendaklah didahuluka­n solat yang kedua iaitu Asar atau Isyak kerana solat itu dilakukan dalam waktunya.

Ada pula pendapat lain mengatakan hendaklah mendahuluk­an solat yang pertama iaitu Zuhur atau Maghrib kerana mendahului solat yang berikutnya.

Oleh itu, terpulangl­ah solat mana yang hendak didahuluka­n).

Sumber: Kitab Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

 ??  ?? SOLAT wajib dilaksanak­an walaupun ketika bermusafir.
SOLAT wajib dilaksanak­an walaupun ketika bermusafir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia