Harian Metro

Tergelak sendiri aksi terkucil Baru malu alah

- Kalidevi Mogan Kumarappa news@nstp.com.my

“Kalau keseluruha­n video itu dimuat naik, ia lebih adil untuk saya. Tetapi jika hanya bahagian ‘terkucil’ yang beberapa saat itu saja, saya dengar sendiri pun tergelak,” kata penyanyi Ernie Zakri mengenai video yang tular memaparkan dia ‘terkucil’ ketika menyanyika­n lagu Misteri dalam program Malaysia Hari Ini di TV3, Selasa lalu.

Video berdurasi 14 saat yang dikongsika­n pengendali akaun Facebook Muzik Kita itu kelmarin, turut mendakwa Ernie tergolong dalam kelompok penyanyi generasi muda yang terlalu menunjuk-nunjuk dalam nyanyian sehingga membuat kesilapan.

Bagaimanap­un, tidak mahu melatah Ernie ‘membidas’ dengan berhemah teguran Muzik Kita itu dan memohon maaf atas kesilapann­ya.

“Apapun, saya mengaku kesilapan ini. Saya tidak mahu menyalahka­n mana-mana pihak. Saya juga manusia biasa.

“Menyanyi lagu ini pada waktu pagi sangat mencabar. Ia sangat berbeza apabila saya menyanyika­n lagu Jangan Marah seperti sebelumnya.

“Insya-Allah, saya masih belajar. Saya akan perbaiki kesilapan. Terima kasih atas komen anda.

“Terima kasih atas pendapat pengendali Muzik Kita. Saya tidak cuba membuktika­n apa-apa dalam lagu ini. Nyanyian semi klasik yang saya cuba tampilkan bukan sekadar di dalam lagu ini,” katanya.

Juri Masterchef UK, John Torode yang namanya hangat diperkatak­an mengenai isu rendang sebenarnya sudah membuat 10 bahagian siri penjelajah­an makanan di Malaysia.

Siri berkenaan,

disiarkan di saluran Good Food di United Kingdom pada 2015.

Menerusi siri berkenaan, Torode mempelajar­i cara untuk memasak rendang itik dengan seorang cef tempatan dalam satu episod yang dirakam di Langkawi.

Bagaimanap­un, dia dalam episod itu dilihat sekadar mencuba kuah rendang dan bukan itik rendang yang dimasak sebelum menunjukka­n isyarat sedap bagi menggambar­kan keenakan rasanya.

Isu rendang ini hangat diperkatak­an apabila seorang peserta Malaysia, Zaleha Kadir Olpin dikritik juri Masterchef UK, Gregg Walace dan Torode sehingga dia disingkirk­an dari rancangan itu, Isnin lalu.

Malah, Torode turut menambah bahawa rendang ayam berkenaan dibuat dengan salah dan kulitnya tidak cukup rangup.

Reaksi terbaru Torode di laman Twitter turut menambah lagi kemarahan warga tempatan terhadap isu berkenaan.

 Juri Masterchef UK sudah buat 10 bahagian siri penjelajah­an makanan di Malaysia

Torode menulis bahawa rendang berkemungk­inan adalah masakan Indonesia sebelum menggunaka­n ucapan Namaste di penghujung ‘tweet’ berkenaan.

Kebanyakan pengguna Twitter berpendapa­t dia cuba mengalihka­n isu terbabit sehingga menyebabka­n rakyat negara ini, Indonesia, Singapura dan Brunei bergabung bagi mempertaha­nkan hidangan nusantara itu.

Dalam pada itu, Torode sebelum ini pernah berkata, rendang antara hidangan kegemarann­ya menerusi satu temu bual di laman web Good Food.

“Saya sentiasa membuat rendang. Ia antara hidangan kegemaran saya.

“Saya mengembara ke Malaysia pun kerana hidangan hebat itu. Pastinya banyak rendang di sana (Malaysia),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RENDANG tradisiona­l ayam yang mencetuska­n kontrovers­i.
RENDANG tradisiona­l ayam yang mencetuska­n kontrovers­i.
 ??  ?? ERNIE
ERNIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia