Harian Metro

HDS anjur kempen promosi sah

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Berikutan isu penipuan seperti skim cepat kaya serta gores dan menang yang hangat diperkatak­an, Home Direct Shopping Sdn Bhd (HDS) ingin menegaskan bahawa kempen dijalankan bukan satu bentuk penipuan.

HDS dalam kenyataan berkata, terdapat pihak mempertika­ikan hadiah lumayan ditawarkan dan menganggap ia sebagai penipuan.

“HDS ditubuhkan pada September 2014 dan mula beroperasi pada April 2015 dengan memasarkan pelbagai produk harian melalui katalog.

“Antara barangan ditawarkan termasuk barangan dapur, perkakas rumah, barangan penjagaan kulit, tekstil, aksesori wanita, makanan tambahan dan produk kesihatan.

“Selain itu, kami turut menganjurk­an Kempen Promosi yang menawarkan tiga hadiah lumayan berbentuk wang tunai bagi menghargai pelanggan,” katanya.

Menurutnya, hadiah ditawarkan untuk Kempen Promosi bernilai antara RM3,999 hingga RM150,000 menyebabka­n timbul tanggapan bahawa kempen itu tidak benar.

“Kempen Promosi itu dijalankan secara sah dari segi undang-undang Malaysia. Kami mempunyai Lesen Jualan Langsung yang sah daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

“Semua kempen yang dianjurkan dan produk yang dipasarkan HDS turut mendapat kelulusan KPDNKK. Setakat ini, HDS menganjurk­an lebih 12 Kempen Promosi dengan lebih 36 pemenang yang mana RM2.2 juta wang tunai diagihkan kepada pemenang,” katanya.

Penampilan selebriti Negeri Sembilan antara tarikan pengunjung ke Festival GegaRia 2018 #KitaOK di Dataran Centrio, Seremban 2 di sini, hari ini.

Festival gaya hidup dan hiburan terunggul anjuran Media Prima Berhad (MPB) itu berjaya merekodkan kira-kira 140,000 pengunjung di lima lokasi yang diadakan sebelum ini.

Pengurus Projek Khas dan Perkhidmat­an Pelanggan Pengiklana­n, New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Mohammad Anis Abdullah berkata, edisi keenam Festival GegaRia kali ini dijangka menarik 25,000 pengunjung.

Seperti edisi sebelumnya, beliau berkata, festival ini turut dibahagika­n kepada lima zon utama iaitu Zon Makan-Makan, Zon Throwback Tunnel, Zon Gaya Hidup, Zon Komuniti dan Zon Hiburan.

Beliau berkata, seawal jam 8 pagi, orang ramai berpeluang menyertai senaman zumba di pentas utama yang dikendalik­an jurulatih kecergasan, Izzat Zin iaitu anak Negeri Sembilan.

Katanya, bagi yang membawa anak kecil, pertanding­an mewarna turut diadakan pada pagi dengan penampilan istimewa ‘Ejen Ali’.

“Pengunjung juga berpeluang mendapatka­n pelbagai maklumat berkaitan kesihatan, keluarga, karier, tips kecantikan, fesyen dan kisah kejayaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada panel jemputan terkenal.

“Mereka termasuk Datin Diana Danielle dan Naz Rahman, Dr Say, Hanif Shawn, Nana Al-Haleq, Elfira Loy, Faizdickie, Wani Kayrie serta pasangan selebriti Scha dan Awal di Zon Gaya Hidup yang dibuka dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

“Menariknya siri jelajah ini membawakan Izzue Islam, Orkes A Hizadin dan Gerhana Ska Cinta untuk mengadakan persembaha­n pada petang, selain sesi ramah mesra bersama Reen Rahim, Eyka Farhana dan Bunkface,” katanya, semalam.

Selain itu, katanya, pihaknya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia