Harian Metro

Landasan bergelar usahawan digital

-

Seremban: Orang ramai terutama golongan muda yang berminat menceburi bidang usahawan disaran mengunjung­i Festival GegaRia 2018 #KitaOK di Dataran Centrio Seremban 2 di sini, hari ini.

Lokasi acara di Dataran Centrio itu, bakal menjadi landasan terutama belia yang mahu menjadi usahawan digital untuk mendapatka­n nasihat dan khidmat pakar bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi.

Pengurus Projek Khas dan Perkhidmat­an Pelanggan Pengiklana­n, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Mohammad Anis Abdullah berkata, dua gerai iaitu #KitaOk dan #YouCanDuit dibuka dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi memberi khidmat berkenaan.

“Di gerai YouCanDuit, pelakon Erma Fatima yang popular dengan panggilan Mak Cun dan penyanyi Aiman Tino ditampilka­n khas bagi memberikan penerangan mengenai e-Usahawan secara lebih terperinci.

“Selain itu, mereka yang berminat dalam bidang usahawan bakal mendapat nasihat pakar berhubung cara pengurusan modal dan perniagaan yang boleh diceburi,” katanya.

Menurutnya, slot itu akan bermula dari jam 7.30 hingga 8.30 malam.

YouCanDuit adalah kempen digital untuk meningkatk­an pendapatan tambahan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital e-Rezeki dan e-Usahawan.

Sepanjang tiga tahun, MDEC berjaya melatih lebih 300,000 usahawan menerusi program e-Rezeki dan e-Usahawan selain menjana lebih RM300 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia