Harian Metro

AJAL PERIKSA BAS

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 Anggota polis maut dirempuh SUV hilang kawalan

“Saya terkejut apabila dimaklumka­n kejadian itu, apatah lagi isterinya tinggal berjauhan di Papar, Sabah,” kata Siti Aida Awang Baba, 25, anak saudara kepada Koperal Dommy Tugok, 30-an, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 297.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada anggota badan selepas tercampak ke pembahagi jalan.

Siti Aida berkata, dia dimaklumka­n kemalangan itu oleh ahli keluarga melalui WhatsApp sebelum bergegas ke Hospital Serdang.

Katanya, kali terakhir dia menemui bapa saudaranya itu dua minggu lalu di rumah mangsa di Shah Alam.

“Kami sekeluarga sedih dengan pemergiann­ya, apatah lagi anak lelakinya masih kecil dan baru berusia setahun. Sepanjang dia bertugas beberapa tahun di sini, dia terpaksa berjauhan dengan isteri dan anaknya sejak mendirikan rumah tangga pada 2016.

“Dia seorang yang baik dan penyayang. Kehilangan­nya amat dirasai,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Serdang.

Katanya, urusan pengebumia­n Dommy akan diuruskan adik mendiang iaitu Larry Tugok, 20-an yang tinggal serumah dengan mangsa.

“Jenazahnya mungkin dibawa ke Papar kerana kebanyakan ahli keluarga di sana,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor Superinten­dan Azman Shari’at berkata, ketika kejadian mangsa melakukan pemeriksaa­n sebuah bas di laluan kecemasan.

“Kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun hilang kawalan lalu melanggar kereta peronda polis dari belakang.

“Kereta peronda itu berada di belakang bas berkenaan ketika kejadian. Anggota polis berkenaan yang berada bersebelah­an kereta peronda tercampak ke pembahagi jalan,” katanya ketika dihubungi.

Azman berkata, mayat mangsa yang bertugas di JSPT Bukit Aman dihantar ke Hospital Serdang.

“Pemandu SUV tidak cedera dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang. Ujian air kencing dan darah diambil untuk ujian makmal sebelum dihantar ke Jabatan Kimia manakala kenderaan dipandunya dibawa ke Balai Trafik IPD Kajang untuk pemeriksaa­n,” katanya.

 ??  ?? KERETA peronda polis remuk selepas dirempuh SUV yang hilang kawalan. Gambar kecil, Dommy.
KERETA peronda polis remuk selepas dirempuh SUV yang hilang kawalan. Gambar kecil, Dommy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia