Harian Metro

TEMBUSI ASEAN

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi cnews@nstp.com.my

Pasaran kuih peneram Nab Industries berkembang ke Kelantan, Selangor

Bermula dengan hanya berniaga di pasar pagi dan pasar malam, siapa sangka kuih tradisiona­l peneram yang diusahakan seorang wanita kini terbang menembusi pasaran ASEAN.

Modal perniagaan RM1,000 yang diperoleh melalui Tabung Ekonomi Usahawan Kecil Nasional (TEKUN) digunakan Nor Azizah Amri, 46, untuk memulakan perniagaan Nab Industries.

Perniagaan diusahakan sejak 2014 kini berkembang hingga memiliki tiga premis perniagaan, tiga trak makanan dan lima kios termasuk di Kota Bharu, Kelantan dan Puncak Alam, Selangor.

Nor Azizah berkata, pelbagai rintangan yang dihadapiny­a sebelum termasuk saingan daripada 100 pengusaha kuih peneram di daerah Kerian.

“Dulu saya hanya memulakan perniagaan dengan menaiki motosikal buruk dan berniaga di pasar pagi dan pasar malam sekitar Kerian.

“Kesusahan untuk bersaing pada waktu itu sangat dirasakan kerana selain hasil jualan yang tidak menentu, di Kerian ada 100 peniaga yang mengusahak­an produk sama.

“Nekad untuk mengetenga­hkan produk sendiri saya mengetepik­an rasa malu dan mula bertanya selok-belok perniagaan dan bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan bagi membolehka­n kuih peneram Nab Industries dikenali seluruh Malaysia,” katanya.

Nor Azizah berkata, selain peneram, dia turut memperkena­lkan dua lagi produk iaitu baulu dan rempeyek yang turut dipasarkan ke luar negara.

“Setiap orang ada cara tersendiri untuk mempromosi­kan produk mereka dan bagi saya 20 peratus daripada keuntungan hasil jualan, digunakan khas untuk pengiklana­n saja.

“Jika dulu jualan kuih peneram hanya terjual dengan kuantiti rendah dan bergantung pada keadaan semasa kini sekurang-kurangnya 6,000 biji perlu dipek setiap hari bagi memenuhi permintaan. “Ketika cuti umum dan hari perayaan pula, permintaan tiga produk ini khususnya peneram meningkat hampir tiga kali ganda,” katanya.

Menurut Nor Azizah, dia bercadang mewujudkan satu kios di setiap daerah dan negeri serta merancang meletakkan satu trak makanan di setiap negeri di seluruh Malaysia kelak.

 ??  ?? NOR AZIZAH (tiga kanan) bersama kakitangan Nab Industri Enterprise mempromosi produk peneram.
NOR AZIZAH (tiga kanan) bersama kakitangan Nab Industri Enterprise mempromosi produk peneram.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia