Harian Metro

LAMBAKAN MAKIN KETARA

- Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

 Permintaan melampau dorong penjualan produk di Padang Besar

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis mengakui lambakan produk kesihatan dan kosmetik di Padang Besar perkara membimbang­kan berikutan kebanyakan produk itu tidak didaftarka­n dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Melalui kerjasama bahagian penguat kuasa farmasi bersama agensi lain, sejak Januari 2013 hingga Disember lalu, lebih 3,000 produk terlarang dengan nilai lebih RM1 juta dirampas di negeri ini terutama di lokasi popular di Padang Besar.

Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis, Dr Zaini Hussin, berkata kebimbanga­n KKM terhadap gejala penjualan produk diragui status keselamata­nnya itu makin ketara apabila jumlah dan nilai rampasan 2016 dan tahun lalu saja lebih RM700,000.

“Permintaan melampau terhadap produk seperti ini tinggi dari hari ke hari, berikutan harga murah berbanding produk berjenama yang ada di pasaran.

“Walaupun pelbagai rampasan dilakukan, ia masih wujud atas permintaan, pelbagai kempen melalui pelbagai saluran dilakukan namun ia bergantung pada kesedaran pada pengguna itu sendiri,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan lambakan produk khususnya dari negara jiran berpunca daripada penyeludup­an melalui lorong tikus.

“Jika melalui cara sah, pastinya gagal kerana kastam sudah mengetahui produk apa yang boleh dan tidak untuk dipasarkan,” katanya.

Dr Zaini berkata, sebagai pengguna, orang ramai perlu peka terhadap produk yang ingin dibeli mereka dengan menyemak terlebih dulu status produk berkenaan.

“Produk berdaftar mempunyai nombor pendaftara­n MAL diikuti lapan digit nombor dan diakhiri huruf pendaftara­n produk serta dilabel hologram Meditag yang wajib dipamerkan pada pembungkus­annya.

“Sekiranya kedua-dua ciri ini tiada, produk itu dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM, jadi elakkan. “Jika statusnya diragui saya minta orang ramai membuat semakan lanjut di laman web http://npra.moh.gov.my dengan memasukkan butiran produk di ruangan semakan,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu, pihaknya sentiasa menjalanka­n pemantauan dan penguatkua­saan ke atas penjualan kosmetik di dalam pasaran terutamany­a di Padang Besar.

“Kami menggunaka­n pendekatan Didik, Pantau dan Serbu (DIPS). Hasilnya berdasarka­n pemeriksaa­n dijalankan, ada dalam kalangan peniaga ini mengambil inisiatif memastikan produk kosmetik dijual adalah bernotifik­asi dengan KKM.

“Selain itu kami menjalanka­n kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan menjalanka­n saringan terhadap bagasi individu yang masuk melalui pintu masuk negara di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Padang Besar bagi membendung kemasukan kosmetik tidak bernotifik­asi ke negara ini,” katanya. Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah menasihati orang ramai supaya mengelak membeli 10 produk kosmetik dikesan mengandung­i racun berjadual. “Produk kosmetik itu mengandung­i asid azelaik, hidrokuino­n atau tretinoin dan logam berat merkuri dan tidak dibenarkan dijual di Malaysia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia