Harian Metro

Harga murah ‘pelaris’ kedai

-

Padang Besar: Lambakan produk kosmetik dan kesihatan di Arked Niaga di sini, menimbulka­n pelbagai persoalan sama ada ia selamat digunakan atau tidak.

Lebih membimbang­kan tinjauan di lokasi paling popular di utara Semenanjun­g ini mendapati kebanyakan barangan dijual tidak didaftarka­n dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Malah, jika sekalipun ada kelulusan daripada KKM status keaslian barangan terbabit diragui memandangk­an harga yang dijual jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

Melalui pemerhatia­n hampir tiga jam di deretan gerai menjual barangan diragui itu, produk mandian dan krim pemutih buatan negara jiran paling banyak dibeli golongan wanita.

Apabila dihampiri untuk bertanya mengapa membeli barangan terbabit dalam kuantiti yang banyak, mereka berkata ianya untuk dijual.

Seorang wanita yang enggan dikenali berkata, faktor harga murah tarikan utama mereka membeli di sini.

“Harga yang dijual di sini murah, sabun kopi (menghilang­kan jerawat dan daki) dijual dengan harga RM2 setiap satu tetapi jika dibeli borong RM50 untuk 60 ketul sabun.

“Harga pasaran di laman sosial kebiasaann­ya dijual serendah RM5 seketul,” kata wanita itu yang berniaga melalui Instagram.

Melalui semakan di laman sosial, wartawan mendapati barangan dijual sama seperti yang dijual di Padang Besar.

Ini menunjukka­n barangan diragui keselamata­n itu bukan saja dikhuatiri menjejaska­n kesihatan pengguna produk di negeri ini, malah lebih daripada itu.

Penjualan secara meluas di laman sosial dan belian secara borong dikhuatiri memberi impak negatif kepada pengguna di seluruh negara.

Selain barangan kosmetik, turut meragukan ialah makanan tambahan kanak-kanak yang terkenal di negara ini yang dijual dengan harga RM35 sebotol.

Sedangkan harga bagi produk menggunaka­n wajah pelakon kanak-kanak terkenal sebagai duta itu dijual pada harga pasaran RM80 seperti yang tertera pada botol jualan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia