Harian Metro

Jasad tersangkut pada semak

-

Sungai Siput: Seorang bekas tentera ditemui lemas semalam selepas dipercayai dihanyutka­n arus deras ketika menjala ikan di Sungai Pelus, Kampung Tok Bayas, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superinten­dan Rozeni Ismail berkata, mangsa, Syed Ariff Syed Abu Bakar, 41, keluar menjala ikan sejak jam 10 pagi kelmarin, namun tidak pulang sehingga lewat petang pada hari sama.

Katanya, polis menerima maklumat kehilangan mangsa daripada orang awam selepas menemui motosikal mangsa di tepi jalan Kampung Tok Bayas namun, tiada kelibat mangsa di situ.

“Motosikal mangsa ditemui 100 meter dari Sungai Pelus, tempat kebiasaan mangsa menjala ikan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rozeni berkata, berikutan laporan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarka­n dengan kerjasama Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) serta dibantu penduduk.

“Mayat mangsa ditemui tersangkut pada semak dalam sungai yang dipercayai tempat mangsa mencari ikan.

“Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput berkata, pihaknya dimaklumka­n mengenai kejadian itu pada jam 9.41 malam kelmarin dan anggota termasuk pasukan penyelam JBPM negeri dikejarkan ke lokasi bagi membantu mencari mangsa.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat jenazah Syed Ariff yang lemas di Sungai Pelus, Kampung Tok Bayas, Sungai Siput.
ANGGOTA bomba mengangkat jenazah Syed Ariff yang lemas di Sungai Pelus, Kampung Tok Bayas, Sungai Siput.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia