Harian Metro

Jalan utama IAB ditutup untuk semua jenis kenderaan

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Beberapa lokasi di sekitar pusat bandar ini dinaiki air akibat banjir kilat berikutan hujan lebat hampir satu jam kira-kira jam 3 petang semalam.

Antara lokasi terjejas adalah sekitar Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Jalan Bangsar.

Banjir kilat menyebabka­n lalu lintas di kawasan berkenaan sesak selain beberapa premis turut dimasuki air.

Namun, tinjauan di lokasi kejadian mendapati air mula surut kira-kira jam 5 petang semalam. Bentong: Penghuni asrama di Institut Aminuddin Baki (IAB) Genting Highlands gempar apabila sebahagian jalan utamanya runtuh, awal pagi semalam.

Kejadian jam 1.30 pagi itu disedari pengawal kesela-

Seorang peniaga hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 30, berkata dia sudah lali dengan keadaan banjir kilat yang berlaku n di kawasan berkenaan.

“Setiap kali hujan lebat, air pasti naik dan memasuki premis walaupun hanya sekejap.

“Banjir kilat yang berlaku mungkin disebabkan sistem perparitan tidak mampu menampung jumlah air hujan,” katanya ketika ditemui di Jalan Bangsar, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

(JBPM) Kuala Lumpur Khirudin Drahman, ketika dihubungi, semalam, memaklumka­n pihaknya tidak menerima panggilan berhubung kejadian. matan institut berkenaan, bagaimanap­un tidak membabitka­n kemalangan jiwa.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Bentong Leftenan (PA) Mohd Zulkhairi Adek Awang berkata, runtuhan sedalam 30 meter itu berlaku di jalan utama dari asrama induk kuarters perumahan baru ke Menara IAB.

“Punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan kita sudah memutuskan bekalan elektrik buat sementara waktu berikutan ada kabel elektrik di kawasan runtuhan. “Runtuhan menyebabka­n berlaku kerosakan pada struktur jalan dan sebuah pondok senaman berhampira­n kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian cuaca dilaporkan baik dan tidak hujan, difahamkan bomba masih melakukan siasatan jika ada berlaku paip pecah.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata, pihaknya masih memantau kawasan berkenaan jika berlaku runtuhan susulan serta mengenal pasti punca kejadian.

“Laluan berkenaan tidak boleh dilalui dan ditutup untuk semua jenis kenderaan. Kita juga sudah mengarahka­n satu bangunan yang berada pada jarak 10 meter dari kawasan kejadian dikosongka­n bagi mengelak sebarang risiko,” katanya.

Mohd Sani berkata, pihaknya sudah memaklumka­n kejadian itu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkenaan sudah menghantar wakil untuk membuat penilaian keselamata­n bangunan serta tanah.

 ??  ?? KEADAAN di pintu utama Angkasapur­i sewaktu hujan lebat turun menyebabka­n air melimpah ke lebuhraya NPE. ANTARA kedai yang dinaiki air di Jalan Pantai Baru, Bangsar.
KEADAAN di pintu utama Angkasapur­i sewaktu hujan lebat turun menyebabka­n air melimpah ke lebuhraya NPE. ANTARA kedai yang dinaiki air di Jalan Pantai Baru, Bangsar.
 ??  ?? ORANG ramai melihat jalan utama ke Institut Aminuddin Baki yang runtuh menyebabka­n jalan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan.
ORANG ramai melihat jalan utama ke Institut Aminuddin Baki yang runtuh menyebabka­n jalan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan.
 ??  ?? MOHD Zulkhairi
MOHD Zulkhairi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia