Harian Metro

Mengokok guna kerawat besi

-

Kota Bharu: Perkataan mengokok etak mungkin asing bagi orang luar, namun tidak di Kelantan.

Mengokok atau dalam bahasa lebih mudah difahami mengumpul etak biasanya dengan menggunaka­n pengaut atau jaring yang diperbuat daripada kerawat besi.

Ada juga yang mengumpul etak dengan mengutipny­a menggunaka­n tangan di kawasan sungai yang cetek.

Malah, sesetengah penduduk menjadikan mengokok etak ini sebagai sumber pendapatan utama untuk menyara keluarga.

Bagi Ismail Mat Diah, 62, atau lebih dikenali sebagai Pok We, etak menjadi sumber pendapatan utama untuk menyara keluargany­a sejak lebih 20 tahun lalu sehingga kini.

“Sebelum ini saya berkerja sebagai buruh binaan, namun disebabkan faktor usia saya mula mengokok etak pada usia 40 tahun.

“Antara lokasi yang sering saya pergi adalah di sekitar Sungai Melor di sini dan kawasan tali air di daerah ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, mengokok etak bukan satu kerja yang mudah kerana memerlukan pengalaman luas untuk melihat keadaan sungai untuk memastikan habitat hidupan air ini.

“Kebiasaann­ya etak banyak diperolehi di sekitar sungai bersih yang berpasir dan berlumpur.

“Selalunya mereka yang berpengala­man sudah dapat ‘membaca’ keadaan sungai sesuai untuk mendapatka­n etak,” katanya.

Ismail berkata, setiap hari dia mampu memperoleh sekitar lima hingga enam kilogram etak.

“Dulu saya mampu peroleh sehingga 20kg sehari namun sekarang semakin berkuranga­n berikutan semakin ramai orang mencari etak.

“Pada masa sama, pencemaran sungai termasuk aktiviti mengambil pasir menyebabka­n etak semakin sukar diperoleh, namun saya tidak pilihan lain dan akan meneruskan pekerjaan ini untuk sara keluarga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia