Harian Metro

GATAL SETAMAN

- Khairul Najib Asarulah Khan dan Mohd Khidir Zakaria cnews@nstp.com.my

62 penduduk diberi rawatan akibat ulat bulu

Seramai 62 orang diberi rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Mantin di sini, akibat gatal kulit akibat serangan ulat bulu.

Selain itu, beberapa penduduk di Taman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Siliau Jaya, Port Dickson turut mengalami gejala sama sejak kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) Dr Zainudin Mohd Ali berkata, kejadian berpunca dengan kehadiran ulat bulu yang banyak berikutan musim pembiakan rama-rama.

Beliau berkata, ulat bulu berkenaan biasanya berada di pokok berdaun dan jatuh ke tanah atau diterbangk­an angin sebelum terkena kepada manusia yang berada di kawasan berhampira­n.

“Mereka yang terkena ulat bulu ini mengalami kegatalan pada kulit badan manakala bagi yang ada alahan mungkin mempunyai tindak balas serius seperti susah bernafas. “Mangsa yang menghidap simptom seperti ini perlu segera dapatkan rawatan di klinik berhampira­n,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, setakat ini pihaknya mengesan tiga lokasi mengalami masalah itu iaitu di Kampung Pantai, Sekolah Kebangsaan Pantai, Batu 8 Jalan Jelebu dan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Seri Perkasa Batu 8, Jalan SerembanMa­ntin.

“Pejabat Kesihatan Seremban juga sudah mengambil tindakan kawalan dengan meracun bagi membunuh serangga kecil di lokasi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Taman PPR Siliau Jaya, Fadzir Din, 50, berkata, serangan ulat bulu di kawasan itu berlaku sejak seminggu lalu dan pelbagai cara dilakukan untuk mengatasin­ya, tetapi kurang berkesan.

“Kami baru saja meracun kawasan sekitar seperti surau, rumah penduduk. Tetapi, hanya dua hari saja ia hilang dan muncul kembali,” katanya.

Menurutnya, kehadiran serangga itu turut mengganggu keselesaan dan menimbulka­n kebimbanga­n penduduk kerana ia membanjiri longkang malah ada yang masuk ke dalam rumah dan surau.

 ??  ?? PENDUDUK, Shahnizam Norhazali, 18, menunjukka­n kehadiran ulat bulu yang banyak di longkang di Taman PPR Siliau Jaya.
PENDUDUK, Shahnizam Norhazali, 18, menunjukka­n kehadiran ulat bulu yang banyak di longkang di Taman PPR Siliau Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia