Harian Metro

JEL LIMA TAHUN

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.my

Hukuman kelindan lori rompak ahli perniagaan guna parang

Tindakan seorang kelindan lori merompak seorang ahli perniagaan menggunaka­n parang dan melarikan dua kereta mengundang padah apabila dia dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib menjatuhka­n hukuman itu terhadap A Franciss Dass, 25, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraa­n kes itu.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 6 November 2017.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama-sama seorang yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpula­n dengan menggunaka­n parang terhadap Tan Beng Kwee, 36, dengan merampas dompet mengandung­i dokumen peribadi dan wang tunai RM1,200 serta melarikan dua kereta Ford Ranger dan Perodua Kembara.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Bandar Manjalara Kepong, di sini, jam 4.30 pagi, 9 Oktober 2017 dan didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh memohon mahkamah memberikan hukuman ringan kepadanya atas alasan dia menjaga ibunya.

Nurakmal Farhan bagaimanap­un memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan adalah serius.

“Pengadu dirompak di rumahnya sendiri yang sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuknya. Walaupun kereta Ford Ranger ditemui semula, namun sebuah lagi kereta tidak ditemui selain kerugian untuk barang lain,” katanya.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari kejadian mangsa yang tidur nyenyak tersedar apabila mendengar bunyi seperti ada orang lain di rumahnya dan apabila diperiksa tertuduh bersama rakannya berada di hadapan rumah dan melarikan dua kenderaan milik mangsa. Bapa anak empat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam, atas tuduhan menawarkan kursus Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) tidak wujud membabitka­n kerugian RM500, tiga tahun lalu.

Ahmad Nazmy Syahril Ahmad, 34, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Lee Kim Keat.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya Muhamad Khairuddin Dahalan, 24, dengan menawarkan kursus di NIOSH cawangan Johor dan pekerjaan di PETRONAS Sungai Udang hingga mendorong mangsa menyerahka­n wang tunai RM500.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Inap Desa Bonda, Taman Sungai Udang, jam 5.30 petang, pada 27 September 2015.

Tertuduh yang bekerja sebagai pemeriksa perancah di PETRONAS Sungai Udang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ia memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia