Harian Metro

Tak mengaku guna dokumen perintah palsu

-

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan menggunaka­n dokumen perintah mahkamah palsu, Mac tahun lalu.

Tertuduh, Tan Eng Tang, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi.

Mengikut pertuduhan, Eng Tang didakwa dengan curangnya menggunaka­n sebagai tulen satu dokumen iaitu Perintah Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak, Saman Pemula No. AA-24NCVC-65 -02/2017 bertarikh 15 Mac tahun lalu yang mana dia mempunyai sebab untuk mempercaya­i dokumen berkenaan adalah palsu.

Kesalahan itu didakwa dilakukann­ya di Kaunter Unit Pendaftara­n, Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk di Bagan Datuk jam 9.30 pagi, 28 Mac tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Asisten Superinten­dan Zuraida Mohd Noor manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK),

Robert Ganarajan. Kuantan: Seorang suri rumah Orang Asli dipenjara enam tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku salah terhadap enam tuduhan menipu orang awam berhubung pemilikan Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Pahang membabitka­n kerugian RM8,700, tahun lalu.

Tertuduh, Lam Wai Chan, 31, dari Taman Tas, di sini, membuat pengakuan itu dalam dua prosiding berasingan di Mahkamah Majistret di sini.

Di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah, tertuduh mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan kerana mendorong tiga individu menyerahka­n wang RM5,700 bagi urusan pemilikan rumah PR1MA Pahang yang tidak wujud.

 ?? FOTO: FARIZUL HAFIZ AWANG ?? LAM (kanan) dan Ho dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan.
FOTO: FARIZUL HAFIZ AWANG LAM (kanan) dan Ho dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia