Harian Metro

Padah ‘curi duit’ jaja PR1MA Pahang

-

Tertuduh yang turut dikenali sebagai Jenny didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar bandar ini, dari Jun hingga Ogos tahun lalu.

Nurunaim menjatuhka­n hukuman penjara 12 bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintah­kan hukuman berjalan secara berasingan. Sementara itu, di hadapan Majistret Syarifah Nur Syuhada Tuan Mamat, Lam dihukum penjara tiga tahun selepas mengaku salah atas tiga lagi pertuduhan atas kesalahan yang sama.

Syarifah Nur Syuhada hukuman bermula selepas Lam tamat menjalani hukuman dijatuhkan Nurunaim.

Di mahkamah sama, suri rumah itu mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan memperdaya seorang individu membabitka­n kerugian RM3,900 bersama rakannya, Ho Woon Mee, 41.

Bagi pertuduhan berkenaan, Syarifah Nur Syuhada membenarka­n Ho diikat jamin RM3,000 dan menetapkan tarikh 20 April ini untuk sebutan semula kes.

Semua pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Seorang mekanik dikenakan bon berkelakua­n baik selama dua tahun bercagaran RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana memiliki pisau lipat, tiga tahun lalu.

Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib menjatuhka­n hukuman itu terhadap Chai Mun Choong, 24, selepas tertuduh menukar pengakuann­ya kepada bersalah pada sebutan kes itu, semalam.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki pisau lipat berspring yang tertera tulisan Columbia USA Saber di bahagian mata pisau di pintu masuk utama Open Universiti Malaysia, Jalan Tun Ismail di sini, jam 11.15 malam, 5 November 2015.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958

(Akta 357) yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz manakala tertuduh diwakili peguam S Narasimhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia