Harian Metro

LAKI BINI SETAN

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

Pasangan warga Iran menyamar polis antarabang­sa samun pelancong asing

Menyamar sebagai polis antarabang­sa sebelum menyamun. Itu modus operandi suami isteri yang menyamun 21 pelancong warga asing di ibu kota sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanap­un, kegiatan pasangan terbabit berjaya dihidu, sekali gus diberkas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, pada 26 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, suspek yang juga warga Iran tiba di negara ini pada Julai tahun lalu sebagai pelancong.

Katanya, bagaimanap­un pasangan terbabit yang berusia l 30 tahun melakukan kegiatan jenayah dengan menyamar polis antarabang­sa dan menyasarka­n pelancong asing sebagai mangsa.

“Pasangan ini melakukan kegiatan jenayah bersama seorang lagi rakan. Mereka aktif di pusat bandar.

“Modus operandi suspek adalah menahan pelancong dan memperdaya kononnya pemeriksaa­n dijalankan ke atas mereka sebelum menyamun mangsa,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Shaharudin berkata, semua suspek ditahan di rumah sewa di Seri Kembangan dan pemeriksaa­n polis di rumah berkenaan berjaya menemui wang tunai dalam mata wang dari

24 negara bernilai

RM11,400 dipercayai hasil samun.

“Selain itu, polis turut merampas lima telefon pintar dan pelbagai dokumen peribadi,” katanya.

Katanya, semua suspek ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 357 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

 ?? Shaharudin Abdullah ?? Suspek menahan pelancong dan memperdaya kononnya pemeriksaa­n dijalankan ke atas mereka sebelum menyamun mangsa”
Shaharudin Abdullah Suspek menahan pelancong dan memperdaya kononnya pemeriksaa­n dijalankan ke atas mereka sebelum menyamun mangsa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia