Harian Metro

ANGKUT BEG GALAS ‘ORI’

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

KPDNKK rampas 150 barangan jenama Deuter bernilai RM30,000

Sebanyak 150 beg galas jenama Deuter tiruan yang dijual di tiga premis di pusat beli-belah di Jalan Imbi, di sini, dirampas penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) dalam operasi dijalankan.

Operasi dijalankan bersama pengedar sah jenama Deuter di negara ini iaitu Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL) dan pemilik jenama itu, Stabilo Malaysia (Stabilo) membabitka­n nilai rampasan RM30,000.

Pengarah Urusan UFL, Datuk Radha Krishnan dalam satu kenyataan, di sini, semalam berkata, kegiatan penjualan produk Deuter tiruan itu dikesan hasil maklumat awam mengenai kebanjiran produk berkenaan di pasaran.

Katanya, beg galas itu dijual sebagai produk asli dan kebanyakan pembeli tertipu apabila mendapati kualitinya sangat teruk kerana produk dibeli lebih mudah koyak berbanding jenama asli yang tahan lasak.

“Berpanduka­n maklumat yang kami ada, UFL dan Stabilo menjalin kerjasama erat dengan KPDNKK untuk menjalanka­n lebih banyak serbuan terhadap produk tiruan menggunaka­n jenama Deuter.

“Sejujurnya, saya kesal apabila usaha kami memasarkan barangan berkualiti diambil kesempatan pihak tidak bertanggun­gjawab yang ingin mengaut keuntungan mudah,” katanya.

Radha berkata, pihaknya kini dalam usaha membantera­s penjualan beg galas tiruan di pasaran dan berharap orang ramai membeli daripada wakil pengedar serta penjual sah bagi mengelak ditipu.

 ??  ?? PENGUAT kuasa KPDNKK merampas beg Deuter tiruan di tiga premis di Jalan Imbi.
PENGUAT kuasa KPDNKK merampas beg Deuter tiruan di tiga premis di Jalan Imbi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia