Harian Metro

MINUMAN PEMANAS ‘ENJIN’

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

Pelanggan disyarat beli tiga gelas ladies drink untuk layak pilih teman berhibur

Diwajibkan membeli sekurang-kurangnya tiga gelas kecil minuman khas berharga RM20 setiap satu.

Itu antara syarat dikenakan dua pusat hiburan di Damansara Utama, Petaling Jaya kepada pelanggan yang ingin mendapatka­n layanan istimewa pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditawarkan.

GRO itu terdiri daripada warga asing dari Turkmenist­an, Filipina, Vietnam, Thailand dan Indonesia yang boleh dipilih serta ditugaskan untuk menemani pelanggan dengan minum serta berhibur bersama.

Bagaimanap­un, kegiatan tidak bermoral itu berjaya dihidu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menyerbu pusat hiburan berkenaan menerusi Ops Gegar dijalankan Rabu lalu.

Dalam operasi itu, seramai 57 wanita warga asing bekerja sebagai GRO ditahan bersama tujuh lelaki Bangladesh dan tiga lelaki tempatan.

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali berkata, operasi itu bermula jam 10 malam dan tamat pada jam 5 pagi Khamis lalu.

Katanya, 28 pegawai Unit

(QRT), Unit Operasi Khas, Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa JIM terbabit dalam operasi itu.

“Dalam operasi itu, kita menahan 57 wanita bekerja sebagai GRO terdiri daripada 23 wanita Thailand, 19 wanita Filipina, sembilan wanita Vietnam, lima Indonesia dan seorang wanita Turkmenist­an.

“Semua wanita terbabit ditugaskan menemani pelanggan dengan minum serta berhibur bersama dan diberikan komisen berdasarka­n setiap pesanan minuman keras dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mustafar berkata, pemeriksaa­n lanjut mendapati semua wanita warga asing yang ditahan menyalahgu­nakan pas lawatan sosial, pas isteri kepada warganegar­a dan pas pelajar untuk bekerja sebagai GRO.

 ??  ?? ANTARA GRO yang ditahan dalam Ops Gegar.
ANTARA GRO yang ditahan dalam Ops Gegar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia