Harian Metro

Bantu rawatan di klinik swasta UNTUNG BELANJA 30%

- Asmah Rusman cnews@nstp.com.my

Skim insurans kesihatan sukarela yang diperkenal­kan tahun ini membantu golongan berpendapa­tan rendah (B40) mendapatka­n rawatan di klinik swasta dengan pembayaran­nya disokong kerajaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, skim berkenaan diuruskan Kementeria­n Kesihatan dan dipantau Kementeria­n Kewangan dengan hasrat mendekatka­n lagi perkhidmat­an kesihatan di sektor awam dan swasta.

Beliau berkata, pada masa sama, skim berkenaan membolehka­n penggunaan kapasiti sedia ada di sektor swasta yang belum digunakan lagi.

“Jemaah Menteri hari ini (semalam) berbincang membantu kumpulan tertentu termasuk berpendapa­tan rendah dan sebagainya supaya mereka boleh mendapatka­n rawatan bagi penyakit biasa di klinik swasta dan pembayaran disokong kerajaan.

“Keputusan ini dibuat secara dasar dan n diperhalus­i selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk melihat bagaimana pelaksanaa­nnya termasuk mengenal pasti mereka yang layak, jenis penyakit, kaedah bayaran serta penetapan bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI),” katanya, semalam.

Jimat antara RM5 dan RM20 seminggu jika berbelanja RM100 di pasar tani dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA).

Penjimatan itu dinikmati menerusi program memperkasa­kan Jimat Belanja Dapur (JBD) yang memberi peluang kepada pengguna mendapatka­n barangan keperluan harian pada harga lebih rendah.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n Usahawan) FAMA Datuk Dr Mat Sani Hassan berkata, program JBD dilaksanak­an di 2,100 seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak membabitka­n 27 barangan keperluan terpilih seperti ikan, ayam, sayur, barang runcit dan barang kawalan.

Beliau berkata, setakat ini JBD dilaksanak­an di 718 jualan pasar tani, 426 AgroBazaar Kedai Rakyat (AKR), 108 AgroBazaar Rakyat 1Malaysia (ABR1M), enam MyFarm Outlet dan menerusi Program MyBest Buy.

“Pengguna yang berbelanja di terpilih menikmati potongan harga antara lima dan 20 peratus malah kadangkala sehingga mencecah 30 peratus bagi sesetengah barangan terpilih.

“Program JBD bertujuan membantu rakyat mendapatka­n barangan keperluan pada harga lebih rendah daripada pasaran setempat sekali gus menangani kenaikan kos sara hidup,” katanya selepas melancarka­n Program JBD di ABR1M Taman Dato Senu, Sentul di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mat Sani turut menyampaik­an replika cek kepada dua pemilik ABR1M yang menerima geran RM75,000 setiap seorang dan tiga pemilik gerai buah-buahan yang menerima RM15,000 setiap seorang.

Mat Sani berkata, JBD program langkah penjimatan perbelanja­an produk makanan terpilih yang berasaskan kepada penyaluran produk dari sumber pengeluara­n terus kepada pengguna.

“Selain mendidik pengguna bijak berbelanja, ia juga menggalakk­an petani khususnya peserta Ladang Kontrak menjual secara terus kepada pengguna bagi mengurangk­an lapisan pasaran dan menguasai nilai,” katanya.

JBD lanjutan program diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan kerja di Pasar Tani Putrajaya pada Januari 2014.

Dalam pembentang­an Bajet 2018, Najib turut mengumumka­n peruntukan RM50 juta bagi pelaksanaa­n program melalui FAMA dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani.

Program JBD beri peluang pengguna dapatkan barang keperluan harian pada harga lebih murah

 ??  ?? DR Mat Sani bersama pengunjung pada majlis pelancaran JBD di ABR1M, Taman Dato Senu, semalam.
DR Mat Sani bersama pengunjung pada majlis pelancaran JBD di ABR1M, Taman Dato Senu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia