Harian Metro

ENAM AKAUN

-

Lelaki terjerat tawaran kerja pembantu peribadi rupanya jadi keldai sindiket judi dalam talian

dikenali Jack untuk temuduga kerja sebagai pembantu peribadi yang diketahuin­ya melalui iklan akhbar.

“Mangsa pergi ke premis di ibu kota untuk temu duga itu bersama Jack sebelum dimaklumka­n berjaya dan diupah bekerja sebagai pembantu peribadi dengan gaji RM2,500 sebulan.

“Dia menerima tawaran itu kerana bapanya sudah bersara manakala ibunya sakit angin ahmar,” katanya di Ibu Pejabat MCA di sini, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini mangsa pernah dimaklumka­n syarikat dikendalik­an Jack menjalanka­n perniagaan judi dalam talian namun dia tidak mengetahui kegiatan itu menyalahi undang-undang.

“Mangsa diarahkan membuka enam akaun di bank berbeza dan dimaklumka­n bidang tugasnya mengeluark­an wang daripada akaun berkenaan.

“Jack akan menemaniny­a setiap kali pengeluara­n wang di bank,” katanya.

Katanya, sepanjang tempoh tiga hari bekerja bermula 4 hingga 7 Oktober tahun lalu, dia mengeluark­an wang RM445,000 daripada enam akaun bank.

“Bagi tiga transaksi pengeluara­n, mangsa menerima gaji sebanyak RM2,225 daripada Jack.

“Namun dia gagal menghubung­i Jack selepas itu menyebabka­n mangsa curiga dan menutup akaun berkenaan 15 Oktober tahun lalu sebelum ditahan polis di Pulau Pinang pada 23 Febuari lalu.

“Pemeriksaa­n mendapati akaun mangsa terbabit dalam kegiatan jenayah di Melaka, Pahang dan Klang, Selangor,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MICHAEL (tengah) menunjukka­n iklan tawaran kerja yang menawarkan gaji lumayan kepada mangsa.
MICHAEL (tengah) menunjukka­n iklan tawaran kerja yang menawarkan gaji lumayan kepada mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia