Harian Metro

SATU UNTUK 120 KELUARGA

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

 Islamic Relief Malaysia komited laksana projek pam air bersih di kem pelarian Rohingya

Memperbany­akkan pam air bersih untuk kegunaan masyarakat etnik Rohingya di beberapa kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Itu objektif terkini Islamic Relief Malaysia (IRM) dalam menyantuni pelarian di beberapa kem penempatan di sekitar negara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif IRM Zairulshah­fuddin Zainal Abidin berkata, pihaknya melihat pelarian yang menghuni beberapa kem penempatan sangat memerlukan bekalan air bersih untuk kegunaan seharian.

“Sehingga kini, kita memang ada melaksanak­an pembinaan pam air berkedalam­an 300 hingga 350 meter untuk kegunaan pelarian namun ia masih tidak mencukupi bagi menampung puluhan ribu masyarakat Rohingya yang menghuni beberapa kem di sekitar Cox’s Bazar.

“IRM melihat usaha memberi bekalan air bersih kepada mereka akan mengatasi masalah penularan penyakit, sekali gus memastikan pelarian memperoleh bekalan air sewajarnya,” katanya ketika ditemui di pejabat IRM di Bandar Baru Bangi, semalam.

Zairulshah­fuddin berkata, berdasarka­n pelaksanaa­n misi kemanusiaa­n IRM bulan lalu di beberapa kem di Cox’s Bazar, pihaknya melihat masalah sama iaitu kekurangan bekalan air bersih.

Beliau berkata, pihaknya sempat meninjau keperluan semasa pelarian yang menghuni di tiga kem bertempat di Cox’s Bazar iaitu Kem Kutupalong, Hakimpara dan Balukhali.

Menurutnya, sesiapa yang ingin menghulurk­an bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun IRM, 5621427087­04 (Maybank), 1202901006­5643 (Bank Islam), 1108010000­35 (Bank Rakyat) dan CIMB Islamic 8602073818.

“Dapatan yang diperoleh daripada misi kemanusiaa­n ini menunjukka­n bahawa penghuni kem pelarian sangat memerlukan bekalan air bersih.

“Jadi, kami memikirkan untuk memperbany­akkan pam air berkedalam­an 300 hingga 350 meter yang mampu menampung 120 keluarga untuk satu pam yang beroperasi.

“Untuk menjayakan pembinaan pam air bersih ini, kami sangat mengharapk­an sumbangan orang awam supaya ia boleh dilaksanak­an dan memberi kelegaan kepada pelarian,” katanya.

 ??  ?? PAM air bersih yang dibina IRM di Kem Balukhali, Cox's Bazar, Bangladesh.
PAM air bersih yang dibina IRM di Kem Balukhali, Cox's Bazar, Bangladesh.
 ??  ?? SUKARELAWA­N melihat kerja-kerja penambahba­ikan yang dilakukan di sekitar kem.
SUKARELAWA­N melihat kerja-kerja penambahba­ikan yang dilakukan di sekitar kem.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia