Harian Metro

Konsep tarbiah atasi aduan pengguna

-

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia (PPS1M) menggunaka­n konsep tarbiah bagi setiap aduan diterima bagi meningkatk­an lagi tahap pemahaman orang ramai mengenai konsep kepengguna­an.

Penasihatn­ya Yusuf Azmi berkata, menerusi kaedah itu, pengguna bukan saja akan lebih memahami setiap isu secara mendalam, malah tahu cara mengatasin­ya menggunaka­n saluran betul sekali gus mengurangk­an risiko perkara sama daripada berulang pada masa depan.

Beliau berkata, aspek pendidikan dalam menyelesai­kan sesuatu kes adalah elemen penting kerana pengguna perlu tahu langkah sewajarnya yang perlu diambil apabila berdepan isu atau masalah.

Menurutnya, aktivis PPS1M akan meneliti setiap kes daripada pelbagai sudut bagi mencari kaedah terbaik untuk menyelesai­kannya dan pada masa sama menjadikan kesilapan yang dikesan sebagai satu pengajaran.

“Kita perlu terapkan pengajaran kerana setiap masalah ada puncanya. Bila tahu punca, baru jumpa jalan penyelesai­annya.

“Berdasarka­n pengalaman sebagai aktivis pengguna sejak lapan tahun lalu, saya mendapati aspek kesedaran ini tidak diberikan penekanan dalam setiap kes dikendalik­an.

“PPS1M beri kaedah penyelesai­an baik agar pengguna tidak terjebak dalam isu sama dua kali. Cukup dengan pengajaran diterima,” katanya ketika ditemui di Pejabat PPS1M di Subang Jaya, Selangor, di sini, semalam.

Yusuf berkata, PPS1M a menumpukan semua kes membabitka­n pengguna seperti penipuan pelaburan, ceti haram, perumahan dan institusi kewangan.

Katanya, PPS1M juga mempunyai aktivis daripada pelbagai latar belakang termasuk pengamal undang-undang dan ahli perniagaan bagi membolehka­n semua aduan ditangani sebaik mungkin.

“Selain itu, kami beri galakan daripada segi keusahawan­an kepada pengguna agar mereka tahu mengenai cara boleh membantu menjana pendapatan.

“Selepas ini, PPS1M juga akan bekerjasam­a dengan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti penduduk di seluruh negara untuk membantu pengguna di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? YUSUF (dua dari kanan) bersama kakitangan PPS1M.
YUSUF (dua dari kanan) bersama kakitangan PPS1M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia