Harian Metro

Ancasa Hotels & Resorts bakal jadi hotel berstatus empat bintang

-

Ancasa Hotels & Resorts, rangkaian hotel milik UDA Holdings Bhd (UDA) berhasrat menjadi hotel berstatus empat bintang menjelang hujung tahun ini melalui pelaksanaa­n kerja menaik taraf kemudahan dan bilik hotel yang bermula sejak tahun lalu.

Naib Presiden Kanan Bahagian Hospitalit­i Ancasa, Shah Azam Khan Noor Mohammad berkata, pelaksanaa­n kerja naik taraf itu membabitka­n Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Expres@Pudu di Kuala Lumpur serta Ancasa Residences di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurutnya, syarikat memperuntu­kkan pelaburan bernilai kira-kira RM30 juta bagi cawangan di dua lokasi itu di mana ia dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat tahun ini.

“Kerja pengubahsu­aian ini bertujuan untuk meningkatk­an lagi kemudahan di hotel itu sekali gus memberikan perkhidmat­an berkualiti kepada pelanggan pada masa depan,” katanya pada majlis pengenalan Bufet Ramadan 2018, di sini.

Beliau berkata, pihaknya berusaha menambah dan meningkatk­an kemudahan di rangkaian hotel Ancasa bagi meningkatk­an statusnya kepada empat bintang berbanding tiga bintang ketika ini.

“Kami lihat terdapat keperluan untuk melaksanak­an kerja pengubahsu­aian ini dan kami perlu memanfaatk­an lokasi hotel kami terutama Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Expres@ Pudu yang terletak berdekatan Tun Razak Exchange (TRX) yang dijangka berkembang pesat tidak lama lagi,” katanya.

 ??  ?? PROJEK HSR KL-SG bakal
jadi titik perubahan menghubung­kan komuniti
Malay s ia-Sin gap u r a.
PROJEK HSR KL-SG bakal jadi titik perubahan menghubung­kan komuniti Malay s ia-Sin gap u r a.
 ??  ??
 ??  ?? SHAH Azam
SHAH Azam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia