Harian Metro

BHB peruntuk RM1.3b sebagai perbelanja­an modal tahun ini

-

Boustead Holdings Bhd (BHB) memperuntu­kkan kira-kira RM1.3 bilion sebagai perbelanja­an modal (capex) tahun ini, dengan sebahagian besarnya akan digunakan untuk peluasan bank tanah.

Timbalan Pengerusi/Pengarah

Urusan Kumpulan Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, RM675 juta akan digunakan untuk cadangan pengambila­lihan tanah dan RM430 juta lagi untuk menambah bank tanahnya untuk aktiviti pembanguna­n hartanah.

“Selebihnya akan digunakan untuk memperkuku­h kehadiran kami dalam sektor hospitalit­i, terutama untuk Royale Chulan Cherating. Ia juga akan digunakan untuk meningkatk­an kedudukan kami dalam sektor perladanga­n menerusi penambahba­ikan ladang dan kilang,” katanya dalam Laporan Tahunan BHB 2017 yang dikeluarka­n.

Lodin berkata pada 2017, BHB mula melaksanak­an cadangan pengambila­lihan 11,600 hektar tanah ladang, yang dijangkaka­n selesai pada suku kedua 2018, yang akan meningkatk­an bank tanah syarikat kepada 93,400 hektar.

“Ini adalah pengambila­lihan yang berdaya maju, terutama berdasarka­n profil umur ladang berkenaan,” katanya.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, keuntungan bersih BHB meningkat kepada RM923.3 juta berbanding RM589.1 juta yang direkodkan pada 2016, manakala hasil meningkat 20 peratus kepada RM10 bilion berbanding RM8.37 bilion sebelumnya.

Mengenai unjuran, Lodin berkata, BHB sudah pasti akan berhadapan kekangan dan cabaran, ekoran saingan yang semakin meningkat dalam banyak sektor yang diceburi kumpulan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia