Harian Metro

Tangani lebihan bekalan segmen komersial dan pejabat

-

Petaling Jaya: Satu kajian khusus perlu dijalankan bagi menangani masalah lebihan bekalan hartanah bagi segmen komersial dan pejabat yang dijangka lebih serius pada masa depan.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Datuk Seri FD Iskandar berkata, penyelidik­an dibuat perlu mengambil kira pelbagai aspek dan menyeluruh membabitka­n pemaju serta pihak lain yang berkaitan.

“Sebagai sebuah badan yang mewakili pemaju hartanah, REHDA hanya boleh meminta setiap pemaju menjalanka­n kajian mendalam terlebih dahulu untuk membangunk­an sesebuah projek atau pembinaan.

“Namun, kami tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mereka (ahli) dalam menentukan apakah segmen yang mahu dibina,” katanya selepas mengadakan taklimat media mengenai Kaji Selidik Industri Hartanah Malaysia bagi separuh kedua 2017 dan Tinjauan Hartanah 2018, di sini.

Menurutnya, pemaju juga mempunyai komitmen pembiayaan yang perlu dibayar kepada bank dan jika mereka tidak fokus dalam pembinaan segmen itu, ia mungkin akan menimbulka­n masalah kepada pemaju.

“Saya bersetuju dengan laporan Bank Negara Malaysia (BNM), yang mana kita berdepan lebihan bekalan yang serius, tetapi rumah kedai dan kedai pejabat masih lagi mendapat permintaan.

“Cuma bangunan pejabat dan pusat beli-belah juga menimbulka­n kebimbanga­n kepada kami kerana ada lebihan,” katanya.

 ?? FD Iskandar ?? Saya bersetuju dengan laporan BNM yang mana kita berdepan lebihan bekalan yang serius, tetapi rumah kedai dan kedai pejabat masih lagi mendapat permintaan”
FD Iskandar Saya bersetuju dengan laporan BNM yang mana kita berdepan lebihan bekalan yang serius, tetapi rumah kedai dan kedai pejabat masih lagi mendapat permintaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia