Harian Metro

SPNB lancar Idaman Heights

-

Kuala Lumpur: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melalui anak syarikatny­a SPNB Idaman Sdn Bhd melancarka­n Projek Pembanguna­n Idaman Rakyat, Mentigi (Tanah Rata), Cameron Highlands.

terletak di mukim Tanah Rata berdekatan Pejabat Pelajaran Daerah Cameron Highlands berkeluasa­n seluas 20 ekar (8.09 hektar).

Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Idaman Azrul Hisyam Munap berkata, projek

menawarkan pakej jualan yang menarik.

“Antaranya rebat tunai sehingga RM9,000 dan pakej cuci kaki (kabinet dapur, perkakasan elektrik dan sistem rumah pintar),” katanya di sini, semalam.

Perumahan yang ditawarkan ialah Apartment Jenis A Amoora 850 kaki persegi sebanyak 384 unit bermula dari harga RM369,500.

Manakala Apartment Jenis B Garcinia 950 kaki persegi pula sebanyak 256 unit bermula RM430,000 dan Apartment Jenis C Diallium 800 kaki persegi sebanyak 208 unit bermula RM180,000.

Pembanguna­n

Rakyat,

Mentigi ini mudah diakses kerana berdekatan dengan Pejabat Pelajaran Daerah, Majlis Daerah Cameron Highlands, pekan Tanah Rata, Maybank, CIMB Bank dan Ambank.

Selain itu, lokasinya hanya

Idaman 800 meter ke Balai Polis, 1.2 kilometer (km) ke SMK Sultan Ahmad Shah, 1.3km Masjid Abu Bakar, 1.3km Sek Keb Tanah Rata, 2km ke Hospital Besar Cameron Highlands dan 3km ke Pekan Brinchang.

Untuk maklumat lanjut www.spnb.com.my.

 ??  ?? PROJEK Idaman Heights tawar pakej jualan menarik.
PROJEK Idaman Heights tawar pakej jualan menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia