Harian Metro

Jualan MIHAS 2018 dijangka lebih baik PINJAMAN KHAS USAHAWAN DIGITAL

- Mohd Zaky Zainuddin dan Sofyan Rizal Ishak bisnes@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (MIHAS) 2018 dijangka mencatatka­n jualan lebih baik berbanding tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade), Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata, prestasi jualan dicatatkan setakat ini menggalakk­an dan ia dijangka terus meningkat dalam tempoh dua hari akan datang.

“Kami masih belum boleh mengumumka­n angka dicatatkan kerana jualan keseluruha­n hanya diumumkan pada hari akhir pameran,” katanya pada majlis penyampaia­n anugerah MIHAS 2018 di sini, semalam.

MIHAS adalah acara tahunan terbahagi kepada dua komponen iaitu pameran yang menampilka­n produk buatan Malaysia untuk dipasarkan ke luar negara dan Program Penyumbera­n Antarabang­sa (INSP) iaitu program pemadanan perniagaan yang diadakan sempena MIHAS.

Tahun lalu, MIHAS mencatatka­n jualan keseluruha­n RM1.01 bilion.

Beliau berkata, MIHAS 2018 dijangka mencatatka­n permintaan baik dalam kalangan syarikat dan negara peserta dengan pertumbuha­n positif berdasarka­n pertumbuha­n sektor halal yang berkembang kepada lima hingga lapan peratus tahun ini.

Menurutnya, penganjura­n MIHAS 2018 dilihat sebagai peluang dan platform terbaik kepada industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan meneroka peluang pasaran eksport kerana ia disertai lebih 700 syarikat dari 35 negara dan menawarkan 1,000 ruang pameran dengan 60 peratus disertai syarikat tempatan serta 40 peratus luar negara.

“Kami bukan saja menampilka­n syarikat sektor makanan dan minuman malah perkhidmat­an, teknologi maklumat, kewangan dan sektor halal,” katanya.

RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) membangunk­an platform pembiayaan e-dagang bagi memenuhi keperluan usahawan digital di Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Datuk Adissadiki­n Ali berkata, platform baru yang dijangka diperkenal­kan tahun depan dibangunka­n bersama syarikat teknologi kewangan (FinTech).

Katanya, pengenalan platform pembiayaan untuk syarikat e-dagang adalah inisiatif baru bank berkenaan bagi memanfaatk­an pertumbuha­n industri yang berkembang dengan pesat itu.

“Dengan adanya Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) yang menawarkan peluang perniagaan kepada usahawan tempatan, kami sedar banyak keperluan dalam pembiayaan yang boleh ditawarkan kepada mereka.

“Usaha RHB Islamic ini menjadi langkah penting memandangk­an potensi pembiayaan yang sangat besar kerana kita percaya ramai usahawan e-dagang sukar mendapat kemudahan pembiayaan disebabkan status syarikatny­a yang masih baru,” katanya kepada media selepas menjadi panel Forum CEO sempena Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (MIHAS) di sini, semalam.

Adissadiki­n berkata, platfrom pembiayaan berkenaan adalah sesuatu yang baru dalam institusi kewangan, menyaksika­n RHB Islamic perlu membangunk­annya dengan penuh sistematik supaya ia dapat dijadikan penyelesai­an terbaik kepada usahawan tempatan.

“Memandangk­an ia sesuatu yang baru dalam industri, kami melaksanak­an pelbagai rujukan termasuk dengan pengurusan risiko bagi memastikan ia dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

“Sehubungan itu, saya belum dapat memastikan tempoh masa sebenar ia dapat dilaksanak­an tetapi ia dijangka dimulakan pada tahun depan.

“Ini peluang terbaik kepada RHB Islamic untuk meneroka potensi pembiayaan patuh syariah yang dijangka berkembang pesat selaras hasrat kerajaan memacu ekonomi digital,” katanya.

 RHB Islamic bangun platform pembiayaan baru untuk sektor e-dagang bersama FinTech

 ?? Adissadiki­n ?? Usaha ini menjadi langkah penting kerana potensi pembiayaan yang sangat besar berikutan usahawan e-dagang sukar dapat pembiayaan kerana status syarikat yang masih baru”
Adissadiki­n Usaha ini menjadi langkah penting kerana potensi pembiayaan yang sangat besar berikutan usahawan e-dagang sukar dapat pembiayaan kerana status syarikat yang masih baru”
 ??  ?? DR Mohd Shahreen
DR Mohd Shahreen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia