Harian Metro

TAK MAHU PISAH

- Agensi

 Lelaki hidup 3 tahun dengan mayat ibu

dikerat, simpan dalam peti sejuk

Seorang lelaki ditangkap selepas dikesan menyimpan mayat ibunya yang dikerat-kerat dalam peti sejuk besar selama hampir tiga tahun kononnya kerana percaya wanita itu boleh dihidupkan semula, lapor media tempatan.

Subhabrata Majumdar, 46, ditahan pada lewat Khamis di kediaman yang dikongsi bersama bapanya yang uzur, selepas polis menerima aduan jiran dan liputan oleh rangkaian berita tempatan, lapor Times of India.

Timbalan pesuruh jaya polis Behala, Nilanjan Biswas berkata, pihaknya menemui peti sejuk dengan sisa mayat mangsa yang dikerat sebelum menutup bilik berkenaan yang turut dipasang dua pendingin udara.

Katanya, suspek mendakwa berbuat demikian selepas dia dan ibunya menyaksika­n dokumentar­i mengenai menghidupk­an semula mayat di rangkaian Discovery sebelum kematian wanita itu.

Asianage memetik Biswas berkata, Majumdar membuat pengeluara­n pencen Bina sepanjang tempoh selepas kematianny­a pada 2015.

Jirannya berkata, mereka tahu mengenai kematian ibu Majumdar, Bina, dan pelik kerana tidak dijemput menghadiri majlis pengebumia­n atau pembakaran mayat tetapi memilih tidak mencampuri urusan keluarga itu.

Menurut India.com, polis turut menemui peti sejuk kedua dipercayai untuk menyimpan mayat bapanya apabila mati kelak.

 ??  ?? POLIS membawa keluar sisa mayat Bina. Gambar kecil, Majumdar. - Agensi
POLIS membawa keluar sisa mayat Bina. Gambar kecil, Majumdar. - Agensi
 ??  ?? PETI sejuk tempat mayat Bina ditemui. - Agensi
PETI sejuk tempat mayat Bina ditemui. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia