Harian Metro

Pampasan pijat RM6.2 juta

-

San Francisco: Keluarga di California yang anak lelaki mereka mendapat parut kekal akibat digigit pepijat menerima pampasan AS$1,593,500 (RM6.2 juta) selepas juri awam di Alhambra, Isnin lalu mengarahka­n pemilik apartmen tempat mereka tinggal membayarny­a.

Lilliana Martinez, 34, memberitah­u The New York Times, mereka menyedari ada bintik merah di seluruh badan termasuk muka anak lelakinya berusia tiga tahun, Jorge Maravilla pada 2012, dua tahun selepas berpindah ke apartmen Amusement Six di Inglewood, California.

Bimbang dengan perkara itu, mereka mendapatka­n rawatan di hospital di mana doktor mengesahka­n ia kesan gigitan pepijat dan meminta pasangan itu memeriksa serangga perosak di rumah mereka.

Dia dan suaminya ada memaklumka­n serangan pepijat itu kepada syarikat pengurusan apartmen berkenaan, Westland Industries dan diarahkan membuang semua perabot termasuk katil bayi. Syarikat itu juga menghantar pekerja untuk membersihk­an berkenaan.

Bagaimanap­un mereka terus diserang dan membuat beberapa lagi aduan. Akhirnya selepas hampir empat bulan syarikat pengurusan membuang permaidani di apartmen itu dan berjaya menamatkan serangan pepijat.

apartmen

Tambahnya, anak perempuan mereka yang berusia tiga bulan ketika itu turut mempunyai kesan gigitan pepijat dibelakang badannya.

Mereka tinggal di situ selama dua tahun sebelum berpindah pada 2014. Baru-baru ini mereka memfailkan saman terhadap apartmen terbabit kerana tidak menjamin keselamata­n penghuni.

Menurut peguam mereka, Brian Virag kepada The New York Times, jumlah itu yang tertinggi pernah dibayar kepada satu keluarga akibat kes itu di Amerika Syarikat.

Virag sebelum ini pernah memenangi kes yang membenarka­n pampasan sebanyak AS$3.5 juta (RM13.54 juta) dibayar kepada penduduk di kompleks apartmen di Los Angeles yang diserang pepijat. - Agensi

 ??  ?? KEADAAN Jorge selepas digigit pijat. - Agensi
KEADAAN Jorge selepas digigit pijat. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia