Harian Metro

KELUARGA SUMBANG

- Agensi

Lapan anggota keluarga ditahan dan didakwa di Australia susulan siasatan selama enam tahun lalu mengenai dakwaan sumbang mahram dan pengabaian kanak-kanak di selatan New South Wales.

Empat lelaki dan empat wanita berusia antara 29 hingga 51 tahun terbabit ditahan dalam tiga operasi berasingan yang dilakukan termasuk di Australia Selatan dan Barat. Mahkamah sebelum ini mengarahka­n mereka digelar keluarga Colt untuk melindungi identiti mereka.

Seorang lelaki berusia 45 tahun didakwa atas lebih 12 tuduhan termasuk enam membabitka­n seks dengan budak bawah usia 10 tahun, manakala seorang wanita berusia 38 tahun didakwa memberi keterangan palsu.

Selain itu, seorang lelaki berusia 29 tahun didakwa atas dua tuduhan seks sumbang mahram bersama kanak-kanak bawah usia 16 tahun, manakala dua wanita termasuk ketua keluarga, ‘Betty Colt’ dituduh memberi keterangan palsu.

Dua lelaki berusia 36 tahun dan 48 tahun didakwa atas pelbagai tuduhan seks dengan kanak-kanak berusia antara 10 hingga 14 tahun, manakala seorang lagi wanita berusia 51 tahun didakwa memberi keterangan palsu.

“Susulan siasatan rapi, detektif pasukan khas, dibantu

 Lapan ditahan susulan siasatan enam tahun

terhadap perbuatan sumbang mahram

Polis Australia Selatan dan Pasukan Polis Australia Barat, menangkap lapan orang dalam tiga operasi,” menurut kenyataan polis.

Kes itu terbongkar pada 2012, apabila seorang budak memberitah­u bahawa kakaknya akan bersalin tetapi tidak diketahui siapa antara abangnya bapa kepada bayi terbabit.

Serbuan polis menemui kira-kira 40 anggota keluarga hasil sumbang mahram sejak 1966 itu tinggal di dalam karavan dan khemah usang bersama 12 kanak-kanak buta huruf serta tidak cukup zat.

Ujian genetik menunjukka­n 11 daripada 12 kanak-kanak terbabit mempunyai ibu bapa yang ada pertalian darah.

Ada antara kanak-kanak terbabit juga cacat fizikal dan tidak mampu bercakap dengan sempurna.

Semuanya mengamalka­n seks secara bebas sesama mereka dan hidup dalam keadaan serba kotor serta kemiskinan. Malah kanak-kanak berkenaan semuanya tidak tahu mandi atau membasuh rambut sendiri.

 ??  ?? LOKASI keluarga sumbang mahram itu ditemui. - Agensi
LOKASI keluarga sumbang mahram itu ditemui. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia